Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Insan Yang Hebat" - Gadis Kurang Upaya Drive-Thru Di McD Ini Buat Netizen Sebak & Kagum

Respect awak sis!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita tahu, Orang Kurang Upaya (OKU) bukanlah golongan yang asing lagi di dalam negara ini

Namun, kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap mereka kerana di sebalik kekurangan ada juga kelebihan di dalam diri mereka yang manusia normal tidak boleh lakukan.

Contohnya seperti sebuah video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis memandu kereta menggunakan kakinya menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Beli McD melalui drive-thru siap pandu kereta guna kaki

Menerusi video yang dimuat naik oleh @norfarrahsyahirahshaari, kelihatan dia sedang membayar di kaunter drive-thru McDonald's sambil menunggu makanan yang dipesannya.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila dia yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan dilihat memandu keretanya dengan kaki.

Lebih mengagumkan lagi, dia tetap nampak ceria dan tidak malu walaupun dirinya kekurangan upaya. Video tersebut ternyata telah menyentuh hati ramai kerana ketabahannya meneruskan kehidupan seperti orang lain.

Image via @norfarrahsyahirahshaari (TikTok)

Image via @norfarrahsyahirahshaari (TikTok)

"Allahuakbar! Awak hebat, saya kagum dengan awak. Semoga urusan harian akak dipermudahkan dan dimurahkan rezeki" - Netizen

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini terlah berjaya mencecah 2.7M tontonan, 281.8K tanda suka dan 6.7K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut merasa kagum dengan gadis itu yang hebat memandu.

Malah, ramai yang mendoakannya supaya sentiasa dirahmati Allah SWT, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sesungguhnya Allah SWT menciptakan semua makhluknya dengan sempurna, tidak kira bagaimana bentuk fizikal seseorang itu. Sentiasa bersyukur ya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment