Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini Pendapat Kami Tentang Ranking Laksa Yang Paling Favourite Mengikut Turutan

Agak-agak laksa mana nombor satu ya?

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan, Malaysia memang sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan tradisionalnya

Salah satu makanan Malaysia yang menjadi kegemaran ramai merupakan laksa. Makanan ini menjadi tumpuan tidak mengira bangsa di negara kita. Malah, orang dari luar negara turut menggemarinya. 

Apa yang uniknya mengenai laksa adalah ia terdapat pelbagai jenis mengikut negeri-negeri yang berbeza. Terdapat Laksa Penang, Laksa Sarawak, Laksa Johor dan macam-macam lagilah.

Lebih menarik, laksa di setiap negeri juga mempunyai rasa yang berbeza. Setiap rakyat Malaysia semestinya ada laksa favourite masing-masing kan? Siap ada yang bergaduh nak mempertahankan laksa kegemaran mereka yang paling sedap.

Kami di Seismik ingin membuat ranking sendiri mengenai laksa yang paling sedap. Ranking ini merupakan pendapat kami sendiri dan untuk tujuan hiburan semata-mata. So, don't be so serious okay?

Image via giphy.com

Ranking Laksa Paling Favourite

7. Laksa Johor

Image via Resepi Che Nom

Laksa Johor merupakan antara laksa yang cara penyediaannya boleh dikatakan agak rumit. Bahan yang digunakan merupakan gabungan kerisik, isi ikan kurau dan rempah kari.

Apa yang uniknya Laksa Johor ini adalah ia menggunakan spaghetti sebagai pengganti kepada mi yang sering digunakan dalam hidangan laksa. Katanya, penggunaan spaghetti ini merupakan pengaruh dari kerabat Johor yang berasal dari Barat.

Lebih menarik, kuah Laksa Johor ini lebih pekat daripada biasa dan orang Johor selalunya makan menggunakan tangan. Ya, agak pelik di situ. Tetapi apa-apa pun ini merupakan keunikan Laksa Johor.

6. Laksa Mi

Image via Iluminasi

Laksa Mi atau juga dikenali sebagai Mi Pangkor merupakan antara hidangan yang sangat popular di Lumut, Perak. Sejujurnya, admin sendiri baru pertama kali mendengar tentang kewujudan laksa jenis ini.

Laksa Mi ini unik kerana ia tidak mempunyai rasa yang sama seperti laksa-laksa yang lain. Antaranya ialah ia mempunyai kuah yang jernih dan selalu dimakan bersama sambal udang. 

Anda juga boleh memilih sama ada ingin memakannya bersama sup udang, sup ketam atau sup ikan. Sangat menarik bukan?

5. Laksam

Image via My KMU

Laksam merupakan sejenis hidangan makanan yang berasal daripada negeri Kelantan. Keistimewaan Laksam ini adalah ia diperbuat daripada tepung beras yang berbentuk seperti kuetiau tetapi lebih tebal.

Laksam sedap dimakan bersama kuah lemak pekat yang diperbuat daripada isi ikan kembung. Selalunya ia akan dimakan bersama sambal laksam, timun, kacang panjang dan bunga kantan. 

4. Laksa Utara

Image via Info Kaki

Laksa Utara sangat terkenal di negeri Kedah dan Perlis. Boleh dikatakan ia antara laksa yang menjadi kegemaran ramai terutamanya bagi mereka yang berasal dari utara Malaysia. 

Highlight utama laksa ini merupakan kuahnya tidak terlalu cair dan juga tidak terlalu pekat. Rasanya masam-masam pedas dan sangat disarankan makan bersama sedikit perahan limau dan cili padi untuk rasa yang lebih kaw.

3. Laksa Curry

Image via Food 52

Laksa Curry merupakan antara masakan Nyonya Melaka yang mendapat perhatian ramai. Kuah laksanya agak creamy dan tidak terlalu pedas. Hal ini kerana ia dimasak bersama santan.

Keunikan hidangan Baba Nyonya ini adalah ia sangat versatile kerana boleh dihidang dengan pelbagai jenis mi termasuklah mi kuning, mi beras dan juga mihun.

Laksa Curry ini tidak akan lengkap jika tiada sambal merah, tauhu kering dan sayur-sayuran seperti taugeh, terung dan kacang panjang.

2. Penang Asam Laksa

Image via Recipe Guru

Selain nasi kandar, Asam Laksa merupakan antara makanan ruji masyarakat Pulau Pinang. Ia juga hidangan yang sangat terkenal dalam kalangan para pelancong yang datang.

Asam Laksa mempunyai rasa yang sangat kompleks iaitu terdapat rasa masam, manis dan pedas, semua dalam satu hidangan. 

Bahan utama kuah Asam Laksa merupakan ikan dan juga asam keping untuk menambahkan rasa masam yang merupakan tarikan utama makanan ini. Sangat sedap dihidang bersama otak udang!

1. Laksa Sarawak

Image via @pmbrutiketmurah (Twitter)

Pada pendapat admin, Laksa Sarawak merupakan laksa yang paling unik dan sedap antara kesemua laksa yang tersenarai di atas. 

Mana tidaknya, ia berbeza dengan laksa biasa yang selalunya menggunakan ikan dan mi beras sebagai bahan utama. Bagi Laksa Sarawak pula, bahan utama seperti isi ayam dan mihun merupakan tarikan utamanya.

Turut dihidangkan bersama Laksa Sarawak merupakan udang, telur dadar yang dipotong memanjang, taugeh dan perahan limau.

Jika anda nak rasa sesuatu kelainan dalam hidangan laksa, memang patut try Laksa Sarawak. Tidak dapat dinafikan memang sedap! 

Apa-apa pun setiap laksa mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Tiba-tiba craving nak makan laksa pula ya! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment