Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 Yang Wajib Anda Tahu Mulai 1 Januari Depan

Wajib tahu untuk elak ditindas daripada bos-bos anda!

Cover image via Astro Awani MTUC

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda tentang Akta Kerja (1995) pindaan 2022 akan berkuatkuasa bermula pada 1 Januari 2023?

Pada awalnya, Akta Kerja (1995) ini berkuatkuasa pada 1 September 2022. Namun, ia ditangguhkan disebabkan faktor tertentu dan permintaan pihak industri yang memerlukan sedikit masa. Hal ini kerana, mereka masih dalam keadaan pemulihan ekonomi.

Tetapi adakah anda tahu apakah intipati yang terdapat dalam pindaan Akta Kerja (1995), pindaan 2022 yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2023 nanti?

Jom kita tengok apakah kandungan pindaan yang wajib anda take note!

Image via Gifer

1. Pengurangan waktu bekerja kepada 45 jam seminggu

Sebelum ini, tempoh waktu bekerja adalah daripada 48 jam. Namun, pindaan berubah bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja. Malah, pekerja boleh berkerja dengan waktu yang fleksibel. Oleh itu, keputusan dari kerajaan sebulat suara untuk mengurangkan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam ke 45 jam seminggu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

2. Cuti bersalin dilanjutkan kepada 98 hari

Cuti bersalin merupakan perkara utama yang diajukan. Oleh itu, kerajaan sudah pun sebulat suara untuk melanjutkan cuti yang pada awalnya 60 hari kepada 98 hari. Malah, elaun bersalin juga dilanjutkan kepada 98 hari.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Asian Parent

3. Hak wanita hamil tetap di jawatan yang sama

Syarikat dilarang untuk memecat pekerja wanita yang hamil di dalam tempoh cuti bersalin. Berdasarkan pindaan Akta Kerja (1995), hanya tiga perkara sahaja yang boleh membuat penamatan iaitu langgar syarat Kontrak Kerja, Kes Salah Laku dan Syarikat Tutup seperti bankrupt.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Theasianparents

4. Penambahbaikan Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi

Dahulu, mengikut Pindaan Akta Kerja (1995), cuti sakit dan cuti hospitalisasi diasingkan. Tetapi kini, berdasarkan akta pindaan (2022) ia digabungkan iaitu Cuti Sakit berbayar 14/18/22 hari + Cuti Hospitalisasi 60 hari.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Qelola

5. Cuti Paterniti sebanyak 7 hari

Cuti Paterniti adalah cuti untuk suami membantu para isteri yang baru melahirkan anak. Dahulu, cuti Paterniti hanya diberikan selama 3 hari. Tetapi, selepas pindaan cuti Paterniti dinaikkan sebanyak 7 hari dengan syarat pekerja tersebut hendaklah bekerja dengan majikan selama 12 bulan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Siraplimau

6. Notis gangguan seksual dikuat kuasa

Mengikut Akta Kerja (1995) pindaan 2022 kini, pihak kerajaan mewajibkan untuk pihak majikan memberi kesedaran mengenai Gangguan Seksual. Malah, mereka juga diwajibkan untuk menampal notis tersebut di tempat kerja. Hal ini adalah untuk mengelakkan gangguan ini terus berlaku dan mencemarkan ketenteraman ketika bekerja.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

Dah tau bukan? Jadi anda harus peka dengan pindaan baru ini. Jadi majikan tidak boleh menindas anda dengan mudah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment