Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tonton 6 Cerita Korea Di Netflix Yang Bakal Menanti Anda Disember Ini

Jangan lupa letak dalam list anda!

Cover image via Netflix

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi penggemar penonton di Netflix, pasti banyak cerita yang anda tidak sabar untuk menontonnya bukan?

Antara cerita popular di Netflix sudah tentu cerita-cerita atau drama siri daripada Korea. Malah, terdapat begitu banyak kandungan Korea yang luar biasa daripada Netflix untuk dinantikan pada bulan Disember ini!

Tidak kisah sama ada anda suka tentang keseronokan, fantasi atau percintaan, pasti ada cerita yang sesuai untuk semua orang  tonton dalam senarai ini.

Tanda kalendar dan sediakan popcorn anda kerana inilah cerita yang bakal menanti anda:

Image via Tenor

9 December - Money Heist: Korea - Joint Economic Area Part 2

Image via Netflix

Image via Netflix

Penantian hampir tamat. Bahagian 2 Money Heist: Korea - Joint Econimic Area bakal muncul untuk menjawab segala pertanyaan yang ditinggalkan oleh cliffhanger di bahagian pertama.

Rompakan bakal berterusan dan pasukan itu akan bersama ahli baharu Seoul yang telah merancang misi melarikan diri mereka.

Dengan berbilion-bilion wang tunai ditangan, pastinya kita semua tidak sabar untuk melihat helah yang dilakukan Profesor itu bagi menangani pelbagai ancaman yang boleh menjejaskan rompakan besar berkenaan. Jika anda tidak pernah menontonnya jangan lupa tonton pada bahagian 1 terlebih dulu.

10 December - Alchemy of Souls: Season 1 Part 2

Image via Netflix

Bahagian 1 Alchemy of Souls membuatkan kita mahukan lagi ahli sihir yang berkuasa dan terjerat dengan lelaki yang tidak berkuasa daripada keluarga bangsawan, ia juga telah menawan hati kita dengan jenaka dan cinta.

Selepas menunggu lama, akhirnya kita akan dapat melihat Jang Uk (Lee Jae-wook) muncul dengan penuh dendam, manakala Naksu akhirnya kembali ke tubuhnya sendiri (Go Youn-jung).

13 December - Single's Inferno: Season 2

Image via Netflix

Pasti ada yang  masih ingat tentang personaliti anak muda dalam Single's Inferno yang memikat hati penonton di seluruh dunia.

Musim kedua kembali lagi dan semakin panas dan seksi. Tidak berbeza dengan yang pertama, satu-satunya cara untuk melarikan diri dari pulau terpencil dan menikmati syurga yang mewah adalah dengan bermain-main jalan keluar. Cerita ini pasti akan membuatkan anda seronok melihatnya disamping detik-detik yang bakal tiba.

21 December - The Interest of Love

Image via Netflix

Jika anda berada dalam mood untuk percintaan zaman moden, usah cari lagi. The Interest of Love menampilkan empat individu yang bertemu di sebuah bank dan datang untuk mempelajari erti sebenar cinta.

Cinta adalah satu perkara yang rumit dan apabila anda meletakkan empat lelaki dan wanita yang sangat berbeza dengan idea cinta yang berlainan bersama, tidak syak lagi bahawa drama ini pasti jadi boleh ditonton.

Anda akan mendapati diri anda tenggelam dalam siri percintaan tempat kerja ini dalam masa yang singkat!

23 December - The Fabulous

Image via Netflix

Image via Netflix

Berlatarkan dunia fesyen yang glamor, The Fabulous mengisahkan tentang empat rakan dalam perjalanan impian mereka, tetapi seperti kata pepatah, tiada perkara hebat yang datang semudah itu.

Terdiri daripada pengurus PR, pengubahsuai foto bebas, model dan pereka, kumpulan rakan ini bersorak antara satu sama lain setiap kali kesukaran datang menghampiri. Ia akan menjadi siri yang hebat untuk ditonton, seperti namanya!

30 December - The Glory

Image via Netflix

Siapa yang tidak suka cerita balas dendam bukan? The Glory, yang dibintangi Song Hye-kyo, mengisahkan tentang mangsa buli yang ingin membalas dendam terhadap mereka yang merosakkan zaman kanak-kanaknya selama 20 tahun.

Rancangannya perlahan-lahan terbongkar apabila dia menjadi guru kelas untuk anak salah seorang pembulinya. Dengan pelakon bertaraf bintang dan jalan cerita oleh penulis Descendants of the Sun Kim Eun-sook, The Glory ialah salah satu siri yang paling dinanti-nantikan tahun ini dan pasti akan menarik minat anda dari awal.

Adakah anda bersedia untuk tonton semua cerita Korea menarik yang akan datang pada bulan Disember? Jangan lepaskan semua cerita menarik ini, hanya di Netflix!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment