Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ingin Jimatkan Masa? Ini 5 Resepi Ringkas Yang Boleh Anda Buat Menggunakan Rice Cooker

Tak sangka semua ini boleh dibuat guna rice cooker je.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Di dalam setiap rumah pasti ada rice cooker untuk masak nasi, betul tak?

Rice cooker sememangnya menjimatkan masa semua orang untuk masak nasi kerana tidak perlu lagi masak dengan cara tradisional.

Tahukah anda bahawa selain masak nasi, rice cooker itu boleh digunakan untuk masak hidangan lain juga tau!

Oleh itu, di sini kami kongsikan 5 resepi ringkas yang boleh anda buat menggunakan rice cooker di rumah.

1. Tomato Lazy Rice

Raih 13.7M tontonan di TikTok, resepi Tomato Lazy Rice ini wajib anda cuba jika anda berasa malas untuk memasak tetapi lapar.

Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah didapati dan anda hanya perlu letakkan sahaja di dalam rice cooker. Dah siap!

2. Mi Segera Ketam

Anda bosan makan mi segera biasa yang kosong? Cubalah resepi Mi Segera Ketam yang dimasak menggunakan rice cooker ini!

Siapa sangka boleh masak ketam dalam rice cooker, bukan? Ya, boleh sahaja. Rasa ketam yang fresh dimakan bersama mi segera panas, memang mantap!

3. Bubur Kentang

Resepi ini sesuai untuk anda buat jika ada lebihan nasi. Daripada membazir, baik anda jadikan bubur.

Masukkan sedikit kentang dan kiub pati ayam, confirm bubur anda akan rasa sedap. Ringkas dan sangat mudah untuk dibuat pada bila-bila masa.

4. Nasi Briyani

Hanya dengan rice cooker, anda pun boleh buat Nasi Briyani tau! Tak perlu bersusah payah sediakan periuk besar, masukkan sahaja dalam rice cooker. Dah siap!

Bolehlah anda cuba resepi ini untuk dimakan bersama ahli keluarga tercinta. Pasti mereka turut sukakannya.

5. Siakap Kengsom

Craving lauk ikan? Jangan risau, anda pun boleh masak lauk ikan menggunakan rice cooker.

Masukkan sahaja bahan-bahan yang diperlukan ke dalam rice cooker dan tunggu sampai ia masak, dah boleh makan Siakap Kengsom yang dibuat!

Tunggu apa lagi? Jom cuba resepi guna rice cooker hari ini!

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment