Ingatkan Sewa Kondominium, Rupa-Rupanya Kena 'Scam' Unit Disewa Sebenarnya Sebuah Homestay
Difahamkan, mangsa adalah seorang lelaki berusia 25 tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pekerja swasta mengalami kerugian sebanyak RM1,150 selepas berurusan dengan seorang ejen
Menurut laporan Kosmo, mangsa seorang lelaki telah berurusan dengan seorang ejen bagi menyewa sebuah unit rumah kondominium di Jalan Razak Mansion, Sungai Besi.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan memberitahu mangsa berusia 25 tahun itu telah melayari satu laman sesawang sebelum berurusan dengan seorang lelaki bagi tujuan melihat dan menyewa unit tersebut.
Suspek mula beri pelbagai alasan lepas bayar wang pendahuluan
Aidil memberitahu pengadu kemudian berjumpa dengan seorang wanita didakwa bernama Natasya yang memperkenalkan dirinya sebagai ejen rumah pada Jumaat lalu.
"Setelah melihat rumah tersebut, pengadu telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1,150 pada hari yang sama," katanya.
Malah, selepas membuat bayaran, suspek mula berikan pelbagai alasan dan tidak memberikan sebarang perjanjian sewa rumah.
Menurutnya, pengadu menyedari dirinya ditipu setelah mendapat tahu rumah tersebut adalah sebuah rumah inap desa dan bukannya kediaman untuk disewa daripada pemilik rumah tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment