Influencer Itali Tak Terkata Tengok Peniaga Di Malaysia Jual Apam Balik Pizza - "I Quit"
Peniaga Malaysia punya level kreatif bukan biasa-biasa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai menu viral dan rakyatnya yang suka beratur panjang demi mencuba makanan baru
Pantang ada saja menu yang unik dan sedap, memang berpusu-pusu orang datang ke kedai. Maksudnya, marketing peniaga menjadi bukan?
Jadi, tidak hairanlah kalau makanan di Malaysia boleh tular sehingga menjadi perhatian pelancong dari negara lain.
Seperti sebuah video tular baru-baru ini yang memaparkan dua orang pempengaruh Itali terkedu selepas melihat ada peniaga Melayu menjual apam balik pizza.
Image via @lionfieldmusic (TikTok)
Image via @lionfieldmusic (TikTok)
Menerusi video yang dimuat naik oleh @lionfieldmusic, kelihatan dua lelaki pempengaruh itu terkejut melihat inovasi yang dilakukan oleh peniaga di Malaysia yang menjual menu apam balik pizza.
Walau bagaimanapun, reaksi mereka seolah-olah tidak boleh menerima menu tersebut. Malah, salah seorang daripada mereka sempat berkata "I quit" sebelum video itu berakhir.
Lihat video di bawah:
Admin nampak menarik dan sedap je apam balik pizza tu. Korang rasa macam mana?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment