Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Individu Dikecam Kerana Pertikai Harga Nasi Bujang RM3 Di Kelantan

Dia berkata harga itu sudah berlebihan.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Harga barangan sekarang bukanlah boleh didapati seperti harga dahulu

Dengan peredaran zaman yang banyak berubah, semuanya kini sudah berbeza. Termasuklah kos barangan dan perbelanjaan harian.

Hal ini termasuk harga makanan dek kerana harga bahan mentah yang meningkat. Disebabkan itu peniaga ada yang terpaksa menaikkan harga mereka. 

Namun begitu, pihak penguatkuasa masih menjalankan tugas untuk menyemak senarai harga barangan yang perlu dipatuhi oleh peniaga.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di Facebook apabila seorang individu mempertikaikan harga nasi bujang yang dimakannya.

Image via Kaki Viral (Facebook)

Mengeluh harga nasi bujang dijual sampai RM3

Menerusi hantaran tersebut, seorang individu telah mengeluh dengan harga nasi bujang RM3 di Kelantan yang dianggapnya terlalu mahal.

Dia itu telah menyindir harga nasi bujang yang seolah-olah berlebihan dan membandingkannya dengan harga lebih rendah di Selangor.

"Tadi makan nasi bujang di Kelantan. RM3, mahalnya diorang nak beli kapal terbang pi Mekkah ke. Selangor Baru RM2 ada tempat di Selangor RM1.70 sen pun ada.

"Tahu lah gaji dah naik RM1,700. Takkan sampai RM3 ringgit," tulisnya.

Bagaimanapun, dia mendapat kecaman ramai dengan hantaran tersebut dan ramai yang berpendapat ia sudah cukup murah dalam keadaan ekonomi sekarang.

Image via Kaki Viral (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment