Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Eh Bukan" - Ikut Konvoi Parti, Sekali Bawa Bendera Lain Pula Ini Buat Ramai Terhibur

Risau bang.

Cover image via @fazb0y (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik

Umum mengetahui bahawa hari mengundi akan berlangsung pada hari ini 19 November

Semua parti telah membuat persiapan dari segi manifesto dan kempen di tempat bertanding masing-masing. Ramai juga kita lihat penyokong yang setia mendampingi dan kibarkan bendera parti. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan lelaki mengikut konvoi motor tetapi ada pula yang salah bawa bendera telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Bawa bendera seakan-akan parti PAS, rupa-rupanya itu bendera Jepun

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sedang memaparkan situasi di jalan raya yang penuh dengan konvoi motor parti politik. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ramai dilihat menunggang motor sambil mengibarkan bendera parti masing-masing. Ada yang mengibarkan bendera Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan PAS. 

Lebih melucukan lagi adalah apabila ada yang salah mengibarkan bendera, bendera tersebut seakan-akan seperti logo PAS namun warnanya bukan hijau putih tetapi merah putih. Bendera tersebut merupakan bendera negara Jepun. 

Image via @fazb0y (TikTok)

"Ha sudah, petanda jepun datang balik ke ni" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 989K tontonan, 131K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @fazb0y (TikTok)

Image via @fazb0y (TikTok)

Image via @fazb0y (TikTok)

Bang, kita dah merdeka tau bang! :D

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment