Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Staf PTPTN Pun Terkejut! Lelaki Ini Dedah Cara Bayar Hutang Dengan Lebih Jimat & Berbaloi

Baru tahu boleh pakai cara ni.

Rata-rata individu yang melanjutkan pelajaran sama ada di institusi milik swasta mahupun kerajaan akan memilih untuk membuat pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Image via mole.my

Sebenarnya, langkah itu terpaksa dipilih bagi membantu membayar yuran di universiti yang agak mahal selain untuk menampung kehidupan harian mereka ketika belajar.

Namun, dilema pastinya mula menjengah mereka tatkala menamatkan pelajaran apabila hutang yang dipinjam itu perlu dibayar dan dilangsaikan semula selepas memperoleh pekerjaan.

Justeru, meskipun dengan rasa berat hati dan sedikit ralat, para peminjam kemudiannya membayar semula pinjaman tersebut secara ansuran tanpa menyedari sebenarnya ada cara yang lebih jimat boleh digunakan ketika ini.



Jadi, apa kata anda baca perkongsian yang dibuat lelaki bernama Azmy Mokhtar ini tentang cara untuk membayar balik pinjaman dengan cara lebih berbaloi yang mungkin tidak diketahui sebelum ini

Terkejut abang staf PTPTN hari ini bila mana aku bagitahu, aku bayar PTPTN guna cara lain. Dia kata, jimat guna cara tu. First time dia dengar orang bayar guna cara macam aku buat.

Dekat bawah ini adalah cara-cara untuk berjimat dalam pembayaran semula PTPTN melalui aplikasi Boost.

1) Download dan daftar aplikasi Boost di Playstore. Jangan lupa masukkan invitation code moh46zh.

2) Login apps dan terus ke bahagian Profile > Missions > Take A New Mission > Pay PTPTN Bill RM200. Pastikan anda mempunyai 100 Boost Coins untuk mengaktifkannya. Untuk dapat 100 Boost Coins ni senang sahaja, anda boleh bayar apa-apa bil atau top-up dekat aplikasi Boost tu.

Image via Azmy Mokhtar/ Facebook

Image via Azmy Mokhtar/ Facebook

Image via Azmy Mokhtar/ Facebook

Image via Azmy Mokhtar/ Facebook

Image via Azmy Mokhtar/ Facebook

3) Selepas pembayaran selesai dibuat, anda boleh claim reward RM3.50. Maksudnya, dari RM200 yang saya bayar, sebenarnya saya hanya keluarkan duit RM196.50 sahaja. Cara ni kira lebih jimat la berbanding bayar guna kaedah online perbankan yang mana harganya tetap dan tiada diskaun.

10/2 bayar RM200
11/2 baru masuk system PTPTN
12/2 harini saja-saja pergi semak status pembayaran di UTC JB alang-alang nak setelkan urusan dokumen nikah di Majlis Agama Islam Johor. 

Nota Tambahan: Bagi mereka yang mahu dapatkan nombor akaun PTPTN, bolehlah datang ke mana-mana kiosk PTPTN berdekatan untuk mendaftar diri bagi pengaktifan kali pertama sebagai pembayar hutang.

Semoga perkongsian ini setidaknya dapat membantu sahabat untuk meringankan komitmen bulanan hutang mereka.

Image via Azmy Mokhtar/ Facebook

Image via Azmy Mokhtar/ Facebook

Sekali buat memang tak rasa jimat. Tapi kalau buat banyak kali, mesti rasa cara pembayaran ni lagi berbaloi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lebih banyak artikel menarik di SAYS:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment