Hun Haqeem Disahkan Cedera ACL Lagi, Cedera Lutut Kanan Dalam Aksi Fury Championship
Hun telah mengalami kecederaan tersebut semasa berlawan dengan seorang lagi peserta, Ikmal Amry.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon dan figura tempatan, Hun Haqeem mengesahkan dia telah mengalami kecederaan lutut Anterior Cruciate Ligament (ACL)
Perkara itu telah dikongsikannya menerusi beberapa hantaran di Instagram Story memaparkan gambar yang mengesahkan dirinya mengalami kecederaan ACL.
"Sudah takdir, sekarang adalah masa untuk pulih dan kembali lebih kuat. Kali kedua ACL. Saya telah hadapinya sebelum ini, saya boleh melakukannya lagi," tulisnya.
Hun turut berkongsi gambar bersama pegawai-pegawai perubatan yang membantunya dalam proses rawatan sambil mengucapkan penghargaan terhadap mereka.
"Apalah yang boleh saya lakukan tanpa mereka. Terima kasih sebab mereka telah memudahkan segalanya. Semoga Allah permudahkan urusan mereka selalu," ujarnya.
Image via Instagram
Pernah menjalani rawatan kecederaan daripada ACL dua tahun lalu
Jumaat lalu, Hun telah mengalami kederaan pada bahagian lutut belah kanan semasa berlawan dengan seorang lagi peserta yang juga seorang pelakon Ikmal Amry.
Mereka adalah antara peserta yang menyertai sebuah kejohanan sukan tempur, Fury Championship telah berlangsung pada 2 Mei lalu di venue Zepp Kuala Lumpur.
Difahamkan, Hun sebelum ini pernah menjalani rawatan pemulihan daripada kecederaan ACL buat pertama kali pada Oktober 2023 setelah mengalami kecederaan sewaktu penggambaran.
Perkara ini selari dengan apa yang dikongsikannya baru-baru ini mengatakan dia akan menjalani sebuah 'perjalanan' yang sama sekali lagi.
Image via Instagram
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment