Hasil Bedah Siasat Temui Zayn Rayyan Maut Dijerut, Bukan Disebabkan Mati Lemas
Berdasarkan jasad si mati jerutan dapat dilihat menerusi lebam otot di leher dan kelenjar tiroid.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hasil autopsi yang dilakukan ke atas mayat Zayn Rayyan mendapati kanak-kanak autism tersebut maut akibat dijerut di bahagian leher
Menerusi laporan Sinar Harian, Pakar Perubatan Perunding Forensik Jusa C (M), Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pasir Gudang Johor, Dr Rohayu Shahar Adnan berkata jerutan di leher mungkin berlaku menggunakan tali, lanyard atau kain dipintal dan bukan disebabkan mati lemas.
"Ini menunjukkan perbuatan itu cukup kuat sehingga menyekat kemasukan oksigen ke paru-paru dan otak, seterusnya melemaskan si mati hingga mengakibatkan kematian.
"Terdapat kesan jerutan di leher yang bertindih terletak enam sentimeter di bawah telinga kanan dan kiri termasuk otot-otot leher dan kelenjar tiroid di bawah kesan jerutan ini turut lebam," katanya.
Image via Sinar Harian
Bahagian dubur Zayn Rayyan turut didapati dimasuki objek tumpul
Kesan trauma dari benda yang tumpul dan tajam juga dikesan pada tubuh Zayn Rayyan hasil daripada bedah siasat.
Lebih menyayat hati, bahagian dubur kanak-kanak malang terbabit didapati mempunyai luka-luka koyak kesan objek tumpul dimasukkan ke dalam anggota itu.
"Ada kesan trauma tumpul seperti lebam di mata, dahi, bibir, belakang kepala, rahang, tengkuk, belakang bahu kanan, antara dua belikat, belakang badan, dada, abdomen, sisi kanan badan, lengan kanan serta kiri.
"Ada juga luka potongan, tikaman dan hirisan di telinga kiri sehingga belakang kepala sebelah kiri," katanya.
Menurut Dr Rohayu, lelangit kanak-kanak itu didapati mempunyai kesan lebam disebabkan terdapat benda asing ditemui pada rongga pernafasan dan perut si mati menunjukkan ia dimasukkan secara paksa ke dalam mulut.
Kesan-kesan trauma tidak mematikan tetapi adalah kecederaan berpunca dari penderaan fizikal
Tambahnya lagi, terdapat juga kesan hirisan di bahagian belakang kepala di sebelah kanan, lengan kanan atas dan di bahagian bawah lengan kanan.
"Jasad si mati telah mula membusuk, berdasarkan warna kulitnya yang kehijauan, mengelupas dan abdomen yang mengembung.
"Tiada luka pertahanan atau luka menumbuk atau menendang dilihat pada mangsa," katanya.
Menurutnya, kesan-kesan trauma ini merupakan kesan daripada penderaan fizikal yang dialami kanak-kanak terbabit.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment