Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Habis 'Rentung' Makanan, Pelanggan Luah Rasa Kecewa Peniaga Di Bazar Sorok Murtabak Hangit

Habis tak boleh makan.

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila dah masuk bulan Ramadan ini, ramai orang berebut-rebut mahu melakukan kebaikan

Iyalah, bukan selalu kita nak berjumpa dengan bulan yang mulia ini. Kita perlulah menjaga tutur kata kita pada masa ini.

Malah, Ramadan ini juga tak lengkap rasanya kalau ke bazar Ramadan betul tak? Kalau ke bazar itu jagalah sedikit nafsu makan sebab nanti macam-macam mahu dibeli.

Namun, lain pula yang terjadi dengan seorang pelanggan ini apabila dia meluahkan rasa kecewa selepas membeli murtabak di sebuah bazar Ramadan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Image via Jebon Hisham Shahrul (Facebook)

Kecewa peniaga sorok murtabak yang hangit masa beli

Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi makanan yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan.

Dapat dilihat dia membeli murtabak, tetapi apa yang lebih mengecewakannya adalah apabila salah satu murtabak itu yang hangit dan hitam.

Semasa membeli, dia tidak nampak kesan hangit itu kerana peniaga menyusunnya secara elok dan menutupinya. Namun, setibanya di rumah dia terkejut melihat keadaan murtabak itu selepas diterbalikkan.

"Kau susun elok-elok bertingkat, sedap bau. Sampai rumah nak hidang habis rentung rupanya. Dugaan puasa pertama, nak carut hilang pahala, nak pulang rasa tak berbaloi, ngap je lah buka nanti," tulisnya.

Image via Jebon Hisham Shahrul (Facebook)

"Alamak, teruk betul peniaga ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan ada yang mengecam tindakan peniaga tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 4.1K likes, 782 comments dan 626 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Image via Jebon Hisham Shahrul (Facebook)

Image via Jebon Hisham Shahrul (Facebook)

Image via Jebon Hisham Shahrul (Facebook)

Potong mood betul nak berbuka kalau jadi macam ini :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment