Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Guru Vokal Di Singapura & Graduan UiTM Tak Lepaskan Peluang Sertai Ujibakat OIAM!

Semoga impian anda berdua tercapai!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Program realiti nyanyian One In A Million (OIAM) kini kembali selepas hampir 15 tahun melabuhkan tirainya

Uji bakat yang berlangsung di Karnival Jom Heboh (KJH) Johor Bahru 2024 baru-baru ini ternyata mendapat sambutan ramai.

Pelbagai latar belakang peserta yang hadir untuk mencuba nasib mereka. Termasuklah dua orang rakan karib yang mengambil keputusan untuk turut menyertainya.

Nabilah dan Sharifah, yang telah bersahabat sejak zaman belajar di UiTM Shah Alam, baru-baru ini mendapat berita menggembirakan selepas mereka mengetahui bahawa ujibakat OIAM akan diadakan di Karnival Jom Heboh BABA’S.

Image via @calpissodaoiamtv3 (Instagram)

Malah, khabar ini datang daripada rakan sekerja mereka yang baru sahaja melepasi peringkat pertama ujibakat OIAM pada 2 November (Sabtu) yang lalu. Teruja dengan peluang ini, Nabilah dan Sharifah segera berpakat untuk menyertai ujibakat OIAM yang berlangsung semalam, 3 November.

Apa yang lebih menarik, kedua-duanya merupakan guru vokal di Singapura dengan lebih 5 tahun pengalaman dalam bidang muzik. Mereka mengambil jurusan Muzik Persembahan di UiTM Shah Alam dan sehingga kini terus aktif sebagai guru vokal di Singapura.

Sharifah berkongsi bahawa dorongan utamanya untuk terus maju, terutamanya dalam bidang muzik, adalah kerana arwah ibunya yang sentiasa menyokong dan menginginkan beliau mencapai impiannya.

Manakala bagi Nabilah pula, sokongan padu daripada suami menjadi kekuatan utamanya. Sejak kecil, beliau sudah memiliki karakter yang tegas dan jelas dalam mencapai apa yang diinginkan.

Tetap ingin mencuba nasib walaupun baru pulih demam, jadikan Ernie Zakrie dan Aina Abdul sebagai idola

Meskipun baru pulih dari demam, Sharifah tetap hadir ke ujibakat OIAM bagi menunjukkan semangat yang tinggi. Mereka berdua tiba di lokasi ujibakat seawal 8 pagi sehingga sanggup merentasi pelbagai cabaran seperti hujan lebat dan keadaan lain yang mencabar.

Nabilah menjadikan Ernie Zakri sebagai idolanya kerana kekuatan vokal dan kehadiran pentas Ernie yang begitu mantap. Bagi Sharifah pula, idolanya adalah Aina Abdul dan Amir Masdi, yang masing-masing memiliki aura tersendiri dalam setiap persembahan mereka.

"Pada awalnya memang tak berharap untuk lepas ke peringkat yang seterusnya, tapi lepas Nabilah berjaya untuk ke next stage.. Saya jadi lagi gementar dan berkata lah.. Kalau ada rezeki, alhamdulillah tapi kalau tidak pun takpa janji saya dah cuba yang terbaik.. Tiba tiba, juri kata saya layak untuk ke peringkat seterusnya.

"Jujur kami sangat gembira dan teruja untuk ke peringkat seterusnya dan semestinya juga kami akan menambah baik kan lagi persiapan vocal kami dan mental agar dapat mara sehingga ke final," kata Sharifah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment