Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama? Ini Cara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN

Khas untuk mereka yang menamatkan pengajian bermula 2019.

Cover image via Astro Awani Utusan Malaysia

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum tahu, graduan yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama layak memohon pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN

Image via Free Malaysia Today (FMT)

Berita baik ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan perasmian Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022.

"Pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN akan diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama," katanya lagi.

Menurut beliau, keistimewaan tersebut dikembalikan bagi mendorong golongan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan yang terbaik.

Untuk makluman, permohonan pengecualian bayaran balik ini boleh dibuat dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh konvokesyen.

Jika anda merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang menamatkan pengajian bermula tahun 2019, ini adalah cara-cara memohon pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN:

1. Layari portal rasmi PTPTN

Image via SAYS Seismik

Pertama sekali, anda perlu log masuk ke capaian Sistem Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Atau Setaraf Dengannya dengan melayari https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama.

Isikan nombor kad pengenalan dan nombor pinjaman anda. Anda boleh dapatkan nombor pinjaman dengan menghubungi Talian Careline PTPTN  di 03-2193 3000.

2. Klik pada butang Mohon

Image via SAYS Seismik

Semak dan pastikan maklumat yang dinyatakan adalah tepat. Klik pada butang Mohon untuk meneruskan proses permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman.

Untuk makluman, permohonan ini hanya boleh dilakukan untuk Ijazah Sarjana Muda pertama sahaja.

3. Lengkapkan maklumat peminjam

Image via SAYS Seismik

Kemaskini maklumat peminjam jika terdapat sebarang perubahan. Pastikan maklumat yang diisi adalah benar.

4. Isi Maklumat Pengajian

Image via SAYS Seismik

Isikan maklumat pengajian seperti CGPA, tarikh tamat pengajian, tarik senat dan tarikh konvokesyen dengan tepat. Kegagalan mengisi maklumat dengan tepat akan menyebabkan permohonan terbatal.

5. Isi Maklumat Pendapatan

Image via SAYS Seismik

Pilih kategori pekerjaan sama ada sektor awam, sektor swasta, bekerja sendiri ataupun tidak bekerja. Kemudian, isi maklumat pendapatan anda dengan tepat.

6. Lengkapkan Maklumat Isi Rumah

Image via SAYS Seismik

Isi maklumat ibu bapa sama ada mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Jika ibu bapa meninggal dunia atau tidak dapat dikesan, peminjam perlu kemaskini maklumat penjaga.

Tambahan itu, jika ibu bapa masih bekerja ataupun sudah bersara, isikan juga maklumat pendapatan mereka. Kemudian, klik pada butang Seterusnya.

7. Semak Maklumat & Hantar Permohonan

Image via SAYS Seismik

Setelah selesai kemaskini maklumat, semak semula maklumat dan pastikan semuanya lengkap dan tepat.

Tandakan ✓ pada kedua-dua kotak pengesahan permohonan dan klik pada butang Hantar untuk menghantar permohonan.

8. Muat Naik Dokumen Sokongan

Image via PTPTN

Seterusnya, peminjam perlu memuat naik dokumen sokongan seperti salinan transkrip peperiksaan, salinan skrol atau Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, surat pengesahan tamat pengajian dan lain-lain.

Bagi salinan traskrip dan skrol, anda perlu mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Akademik ataupun Pegawai Bahagian Pengurusan Pelajar di institusi pengajian anda. Dokumen lain pula hendaklah disahkan oleh Pengetua, Guru Besar Sekolah, Pegawai Kerajaan, Penghulu atau lain-lain pegawai yang disenaraikan.

Setelah selesai, tandakan ✓ pada kotak pengesahan permohonan dan klik pada butang Hantar.

9. Cetak Halaman

Image via PTPTN

Tahniah, permohonan anda telah berjaya dihantar! Klik pada butang Cetak halaman untuk menyimpan butiran permohanan. Anda boleh menyemak status permohonan dalam tempoh 60 hari.

Mudah sahaja, bukan? Semoga perkongsian ini dapat membantu anda! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment