Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Google News Kini Turut Tersedia Dalam Bahasa Melayu Untuk Pengguna Akses Berita Digemari

Khusus melalui laman web serta aplikasi yang tersedia di Android dan iOS.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Google baru-baru ini secara rasmi memperkenalkan Google News dalam pilihan Bahasa Melayu, khusus untuk pengguna di Malaysia mendapatkan lebih banyak berita tempatan

Langkah terbaharu itu mengesahkan komitmen Google untuk menjadikan maklumat boleh diakses oleh orang ramai di seluruh dunia dalam bahasa yang mereka gemari.

Menurut Pengarah Perkongsian Berita, Google Asia Pasifik, Kate Beddoe, melalui laman web khusus dan aplikasi yang tersedia di Android dan iOS, Google News terus membantu pembaca mencari berita daripada sumber yang berwibawa.

Pengarah Perkongsian Berita, Google Asia Pasifik, Kate Beddoe

Image via The Indian Express

"Dengan mengenal pasti dan menyusun cerita daripada pelbagai sumber berita – suatu langkah utama dalam memerangi berita palsu – kami membantu para pembaca mendapatkan gambaran yang lebih besar tentang perkara yang berlaku di sekeliling mereka dengan lebih mudah.

"Ini termasuk mencari lebih banyak cerita tempatan dari komuniti mereka, memahami topik berita yang melanda negara dan global pada hari tersebut.

"Ia juga memudahkan para pembaca untuk mencari berita yang mereka inginkan bukan sahaja memberi manfaat kepada pembaca, ia juga membantu pihak penerbitan.

"Google News membawa pembaca ke laman web penerbit apabila mereka klik pada pautan bagi membantu mendorong trafik ke kandungan mereka.

"Ia akan memaparkan iklan dan menggalakkan pembaca untuk melanggan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

"Para wartawan memainkan peranan penting dalam membantu pihak kami memahami peristiwa penting semasa ia berlaku" - Pengarah Perkongsian Berita, Google Asia Pasifik, Kate Beddoe

Image via Google News

Beliau menambah, pengamal media turut membantu menyaring sejumlah besar maklumat dan menjelaskan bagaimana ia memberi kesan kepada komuniti setempat.

Sehubungan itu, Google juga kata Beddoe akan terus melabur dalam produk, program serta pembiayaan melalui Google News Initiative untuk menyokong kewartawanan berkualiti dan membantu pihak penerbit dan para wartawan Malaysia berkembang maju dalam talian.

"Kami berharap ketersediaan Google News dalam Bahasa Melayu membantu lebih ramai orang mencari berita yang mereka inginkan, daripada penerbit berwibawa yang pelbagai.

"Sama ada (berita berkenaan) di Malaysia atau luar negara, dan memberikan lebih banyak sokongan kepada para wartawan dan penerbit yang bekerja keras untuk menyampaikan berita," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment