Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Golongan Belia Usia 34 tahun Ke Bawah Diisytiharkan Muflis Semakin Meningkat

Difahamkan, ia terus meningkat kepada 877 kes pada tahun lalu.

Cover image via Berita Harian Cari

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seramai 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah diisytiharkan muflis dalam tempoh 2020 hingga 2025, menurut data Jabatan Insolvensi Malaysia

Menerusi laporan daripada Buletin TV3, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memberitahu daripada jumlah tersebut, 5,189 individu berumur antara 25 hingga 34 tahun, manakala 83 lagi berusia di bawah 25 tahun.

"Trend kebankrapan dalam kalangan belia menunjukkan peningkatan dimana pada tahun 2024 terdapat 877 kes, meningkat sebanyak 150 kes berbanding 727 pada tahun sebelumnya.

"Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia, punca utama kes kebankrapan pada tahun 2024 adalah pinjaman peribadi yang menyumbang sebanyak 2,776 kes ataupun 46.4% daripada keseluruhan 5,977 kes bankrap, hampir 50 peratus," katanya.

Demikian beliau memberitahu ketika menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead di Dewan Negara semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Image via Buletin TV3

Banyak faktor yang menyumbang kepada muflis dalam kalangan belia

Menurut beliau, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada trend muflis dalam kalangan belia antaranya pinjaman perniagaan (1,148 kes), pinjaman perumahan (474 kes), hutang lain-lain (463 kes), sewa beli kenderaan (444 kes) dan penjamin korporat (383 kes).

Tambahnya, untuk menangani isu ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara akan melaksanakan Kursus Literasi Kewangan Belia (Youth Financial Literacy) dari April hingga Oktober tahun ini di seluruh negara, dengan sasaran 30,600 peserta menjelang 2030.

“Bagi tahun 2025, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut melaksanakan program Genta Pemerkasaan Ekonomi Belia khususnya bagi zon tengah yang mengetengahkan elemen kos sara hidup kepada peserta belia.

“Selain itu Jabatan Insolvensi Malaysia juga telah dan akan terus melaksanakan pelbagai program bagi mewujudkan kesedaran masyarakat tentang isu muflis dengan melaksanakan program bersama masyarakat, outreach program, jelajah insolvensi, program literasi kewangan serta kesan kebankrapan di peringkat agensi, kerajaan swasta, pelajar serta komuniti setempat,” katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via PIDM

Difahamkan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) turut melaksanakan pelbagai program bagi membantu golongan sasar mengurus kewangan dengan lebih berkesan.

Kerajaan berharap langkah-langkah ini dapat membentuk masyarakat yang lebih bijak berbelanja serta mengurangkan risiko kemuflisan, khususnya dalam kalangan belia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment