Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Goh Sze Fei-Izzuddin Kini Diiktiraf Sebagai Pemain No. 1 Dunia Beregu Badminton Lelaki

All the best untuk mereka berdua!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemain bebas beregu lelaki, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, telah secara rasmi naik ke kedudukan teratas dunia, menjadi pemain nombor satu dunia baharu dalam badminton beregu lelaki

Dalam ranking terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini, 27 Mei, pasangan Malaysia itu naik satu tempat untuk memintas pemain Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen selepas mereka gagal mempertahankan kejuaraan di Malaysia Masters minggu lalu.

Astrup-Rasmussen tewas kepada rakan senegara Malaysia Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada separuh akhir Malaysia Masters pada Sabtu, 24 Mei.

Walaupun Sze Fei-Izzuddin tewas di suku akhir kepada satu lagi pasangan Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, mereka masih berjaya mendahului dalam ranking berikutan prestasi baik mereka sejak tahun lalu.

Image via Harian Metro

Pasangan itu merangkul kejuaraan di Terbuka Jepun, Terbuka China dan Terbuka Artik pada 2024 dan menjadi naib juara pada kedua-dua Kejohanan Jelajah Dunia BWF dan Kejohanan Asia

Dalam pada itu, Sze Fei-Izzuddin juga baru memenangi Terbuka India pada Januari lalu.

Pasangan itu seterusnya akan bersaing di Terbuka Singapura, bermula esok, 28 Mei, di mana mereka akan menentang gandingan Taiwan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen pada pusingan pembukaan.

Image via Bernama

Pencapaian ini menjadikan Sze Fei-Izzuddin sebagai pasangan beregu lelaki pertama Malaysia mencapai No. 1 Dunia sejak Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada 2016

Mereka kini menyertai barisan bekas lagenda seperti Razif Sidek-Jalani Sidek, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, dan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock.

Sementara itu, dua lagi pasangan beregu lelaki Malaysia turut berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Aaron-Wooi Yik berada di tempat ketiga, manakala Wei Chong-Kai Wun naik satu tempat ke tempat ketujuh selepas memenangi gelaran Malaysia Masters 2025 baru-baru ini.

Image via Badminton World Federation

Berikut adalah semua pasangan beregu lelaki Malaysia yang pernah menjadi No. 1 Dunia sebelum ini:

  • 1990 – Razif Sidek-Jalani Sidek
  • 1992 – Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang
  • 1996 – Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock
  • 2002 – Chan Chong Ming-Chew Choon Eng
  • 2004 – Chong Tan Fook-Lee Wan Wah
  • 2007 – Koo Kien Keat-Tan Boon Heong
  • 2016 – Goh V Shem-Tan Wee Kiong
  • 2025 – Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani



Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment