Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Gandingan Mantap" - TV9 & Harian Metro Berkolaborasi Untuk Berita Yang Lebih Menyeluruh

Kandungan berita terkini dan lebih mantap.

Cover image via Harian Metro TV9 MALAYSIA

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Harian Metro dan TV9 berganding bahu dalam menghasilkan berita yang lebih mantap dan menyeluruh

Saluran berita nombor 2 negara, TV9 dan akhbar harian bahasa Melayu nombor satu di Malaysia, Harian Metro kini berkolaborasi dalam menyampaikan kandungan berita yang lebih mantap dan menyeluruh kepada jutaan penonton dan pembaca mereka.

Gabungan idea terbaik daripada dua pasukan editorial terkemuka

Image via TV9 MALAYSIA

Kolaborasi strategik ini akan melihat gabungan kepakaran dan idea antara dua pasukan editorial dalam mengetengahkan isu-isu semasa berkaitan kemanusiaan dan komuniti dalam negara, di samping menghasilkan perkongsian berita yang lebih menarik, berdaya saing dan berinformasi.

Paparan berita sulung 'Selamat Tahun Baru Cina Dalam Sedih' di siaran Buletin TV9 pada 1 Februari 2022 yang lalu merupakan titik permulaan kolaborasi antara Buletin TV9 dan Harian Metro.

Seterusnya, bermula bulan Mac yang lalu duo ini telah melaporkan segmen Metro Prihatin pada setiap minggu yang menfokuskan kepada bantuan yang dihulurkan oleh pihak Harian Metro kepada masyarakat yang memerlukan menerusi tabung bantuan Metro Prihatin.

Program CSR dan topik konsumer oleh Harian Metro akan dipaparkan di TV9

Image via Harian Metro

Menerusi kolaborasi ini, program tanggungjawab sosial masyarakat (CSR), Titipan Kasih Harian Metro turut disiarkan di Buletin TV9. Program ini berkenaan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Di samping itu, Buletin TV9 juga akan menyiarkan laporan topik konsumer oleh Harian Metro pada setiap minggu. Kolaborasi ini juga termasuk laporan berita secara rakaman atau lintas langsung untuk liputan bencana alam dan acara sukan oleh Harian Metro.

'Sindiket Derma Online’ oleh Izzati Rizan di Buletin TV9 juga merupakan sebahagian daripada kolaborasi

Image via TV9 MALAYSIA

Laporan secara langsung ini membongkarkan kegiatan penipuan yang menggunakan taktik pemungutan derma untuk anak yatim, kos rawatan penyakit kronik atau bantuan orang kurang upaya.

Pendedahan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kegiatan ini supaya lebih berwaspada apabila berhadapan dengan lambakan permintaan derma atas talian pada masa kini.

Jangan lupa ikuti Harian Metro dan TV9 Malaysia untuk laporan berita terkini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment