Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dah Ganti Puasa? Kalau Tak Nanti Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Bagaimana Kiraannya?

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB .

Cover image via Google

Ramadan bagi tahun ini kian menjelma

Puasa tak lama lagi!

Syukur kehadrat Ilahi sekiranya kita dipilih lagi sebagai tetamunya untuk bertembung dengan yang bulan yang mulia, bulan Ramadan. 

Salah satu persoalan yang paling popular dikala menjelangnya bulan Ramadan adalah, "Sudahkan anda mengganti puasa?", terutamanya dalam kalangan kaum Hawa.

Biasalah, diantara dua jantina ini, memang kaum wanita yang pasti ada hari-hari tertentu yang mana mereka tidak boleh berpuasa. Tetapi ada juga dalam kalangan kaum lelaki yang tidak diwajibkan berpuasa, misalnya ketika sakit ataupun yang bekerja sebagai buruh kasar.

Sementara masih boleh qadha puasa ini, disarankan untuk menggantikan puasa secepat yang mungkin. Nanti tidak pasal-pasal, kena bayar Fidyah pula.

Apakah tu Fidyah?

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya. Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB .

Image via Jabar Tribun News

Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Image via Riau Mandiri

Bagaimana hendak membayar Fidyah? Di mana harus membayar Fidyah? Jikalau sudah bertahun tidak mengganti puasa bagaimana pula? Macam-macam persoalanan akan timbul tentang perkara ini. 

Seorang pengguna Twitter telah membuat satu perkongsian berbentuk thread menjelaskan tentang Fidyah secara ringkas dan padat

Perkongsian oleh pengguna @acaiijawe atau nama sebenarnya, Faisal Rahim yang menjelaskan tentang hukum, kaedah, cara pengiraan serta pendapat ulama' berkenaan dengan fidyah itu walaupun ringkas namun sangat mudah untuk difahami oleh orang ramai.

Berikut adalah thread penuh perkongsian saudara Faisal:

Image via Twitter @acaiijawe

Hanya negeri Selangor dan Perlis kiraan Fidyah tidak berganda

Image via Twitter @acaiijawe

[Disclaimer]

Sekiranya seseorang itu meninggalkan puasa sebanyak 7 hari dan tidak menggantikannya sehingga 3 kali Ramadan, maka jumlah Fidyah yang perlu dibayar perlu didarab dengan 3.

Sebagai contoh, taksiran Fidyah bagi 3 tahun dengan purata 7 hari setahun dan harga secupak (675g) makanan asasi (beras) bersamaan RM1.75. (atau mengikut harga beras yang kita sering makan). 

Jika anda meninggalkan puasa sebanyak 7 hari dan tidak menggantikannya sehingga melepasi kali Ramadhan, maka jumlah Fidyah yang perlu dibayar ialah 21 cupak beras atau bersamaan dengan RM36.75.

Walaupun sudah membayar Fidyah, namun hutang berpuasa itu masih wajib dilakukan dengan meng-qadha puasa tersebut pada hari-hari yang dibenarkan yang mana anda mampu menggantikannya.

Image via Twitter @acaiijawe

Image via Twitter @acaiijawe

[Disclaimer]

Cara mengira harga Fidyah? 1/4 daripada harga Zakat Fitrah sesebuah negeri. Sebagai contoh, di Selangor, nilai Zakat Fitrah adalah RM7. Maka kadar Fidyah sehari tinggal puasa adalah RM1.75, sekiranya tidak menggunakan khidmat institusi.

Puasa yang masih perlu diganti!

Cara kiraan Fidyah menggunakan kalkulator oleh didapati di laman web rasmi Zakat Selangor

Pembayaran Fidyah juga boleh dibuat secara dalam talian

Kewajipan membayar Fidyah dan menggantikan puasa adalah berbeza mengikut situasi dan keadaan

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.

Tak sabarnya nak tunggu bulan Ramadan!

Image via Tenor

Bagaimana pula caranya untuk qadha solat yang tertinggal?

Masjid ini menyediakan ATM beras untuk fakir miskin!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment