Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Empat Rakyat Malaysia Ini Berjaya Tamatkan Pengajian Di Akademi Tentera Amerika Syarikat

Mereka telah menghabiskan masa empat tahun belajar menjadi profesional ketenteraan bersama kadet dari seluruh dunia.

Cover image via @usembassykl

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, apabila empat anak muda tanah air berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan menamatkan pengajian di Akademi Tentera Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini

Mereka berempat ialah Muhammad Salihin Mohd Sabri yang menyertai Akademi Tentera Udara AS di Colorado Springs, Colorado. Wan Kamal Fitri Wan Kamal Baharein dan Sayniish Pillay Muniandy bersama-sama di Akademi Tentera AS di West Point, New York serta Ahmad Yusuf Ahmad Azani pula mengikuti pengajian di Akademi Tentera Laut AS di Annapolis, Maryland.

Mereka telah menghabiskan masa empat tahun belajar menjadi profesional ketenteraan bersama kadet dari seluruh dunia.

Mereka berempat mencipta fenomena pada tahun 2017 kerana jarang sekali empat kadet Malaysia dipilih untuk menghadiri Akademi Ketenteraan AS dalam satu tahun yang sama.

Muhammad Salihin berjaya tamatkan pengajiannya di Akademi Tentera Udara AS di Colorado Springs, Colorado.

Image via U.S. Embassy Kuala Lumpur (Facebook)

Muhammad Salihin berjaya tamatkan pengajiannya di Akademi Tentera Udara AS di Colorado Springs, Colorado.

Image via U.S. Embassy Kuala Lumpur (Facebook)

Wan Kamal Fitri Wan Kamal Baharein dan Sayniish Pillay Muniandy berjaya tamatkan pengajian mereka di Akademi Tentera AS di West Point, New York.

Image via U.S. Embassy Kuala Lumpur (Facebook)

Wan Kamal Fitri Wan Kamal Baharein (kanan) dan Sayniish Pillay Muniandy (kiri) berjaya tamatkan pengajian mereka di Akademi Tentera AS di West Point, New York.

Image via U.S. Embassy Kuala Lumpur (Facebook)

Ahmad Yusuf Ahmad Azani (kanan) berjaya tamatkan pengajiannya di Akademi Tentera Laut AS di Annapolis, Maryland.

Dalam pada itu, dua lagi kadet dari Malaysia berjaya dipilih memasuki Akademi Tentera AS pada tahun ini

Dua kadet terbabit, Mohamad Khairel Adha Mohad Khairee dan Nicholas Ong Yong Xen dipilih daripada calon seluruh dunia yang bersaing untuk mendapatkan tempat dalam akademi itu.

Mohamad Khairel Adha yang akan memasuki Akademi Tentera Udara AS dan Nicholas yang akan mendaftar di Akademi Tentera Laut AS.

Kedutaan AS turut mengumumkan bahawa sebuah majlis keberangkatan untuk kedua kadet tersebut akan diadakan secara langsung menerusi laman Facebook Kedutaan AS pada 9 Jun bermula pukul 9 pagi.

Image via Istana Negara (Facebook)

Tahniah sekali lagi diucapkan dan semoga kejayaan mereka ini menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi kisah inspirasi dan kejayaan rakyat Malaysia:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment