Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ekoran Wabak Covid-19, Vietnam Reka Alat Pensterilan Mudah Alih Buat Rakyat Secara Percuma

Alat berkenaan mampu menampung kapasiti sehingga 1,000 orang setiap hari dan proses semburan hanya memakan masa 15-20 saat sahaja bagi setiap sesi.

Wabak Coronavirus telah menjejaskan hampir seluruh dunia. Bahkan, peningkatan kes setiap hari membuatkan ramai di antara kita berasa risau dan tidak senang duduk.

Image via Astro Awani

Susulan daripada itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sering memberi peringatan kepada orang awam agar mengambil langkah berjaga-jaga.

Selain topeng muka, penggunaan hand sanitizer juga dilihat mampu bertindak sebagai 'perisai' bagi melindungi diri daripada dijangkiti wabak itu.

Image via Google

Sedang negara-negara Asia Tenggara bergelut memerangi virus korona ini, negara Vietnam telah tampil dengan satu inovasi baru yang mungkin mampu mengurangkan penularan wabak tersebut.

Baru-baru ini, menerusi perkongsian di laman Twitter, dinyatakan kerajaan Vietnam telah menyediakan satu peralatan yang memudahkan rakyatnya bebas daripada virus Covid-19

Image via TipsMake

Dalam perkongsian itu, difahamkan kerajaan Vietnam telah menyediakan satu alatan khas yang membolehkan rakyatnya mensterilkan seluruh badan dengan mudah.

Alat berkenaan mampu menampung kapasiti sehingga 1,000 orang setiap hari dan proses semburan hanya memakan masa 15-20 saat sahaja bagi setiap sesi.

Image via Twitter @LunaOi_VN

Image via Twitter @LunaOi_VN

Dinyatakan juga, alatan yang mampu menghapuskan lebih 90% bakteria dan virus yang ada pada permukaan badan dan pakaian ini boleh digunakan secara percuma!

Image via TipsMake

Image via TipsMake

Image via TipsMake

Menurut portal TipsMake, alat pensterilan mudah alih ini telah direka oleh Kementerian Kesihatan Vietnam dengan kerjasama Universiti Sains dan Teknologi Hanoi

Alat tersebut menggunakan larutan garam terionisasi dalam bentuk semburan ke seluruh badan manusia. Bahan pencuci tersebut juga dihasilkan khusus untuk mematikan bakteria dan virus tanpa menjejaskan kulit sensitif.

Image via TipsMake

Walau bagaimanapun, menurut portal itu, inovasi ini masih dalam tahap percubaan dan hanya terdapat di beberapa kawasan sahaja seperti klinik dan sekolah di sekitar Hanoi.

Lihat video demo di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tak berjaya beli hand sanitizer? Jom buat sendiri!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment