Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dua Kadet Malaysia Berjaya & Terpilih Ke Akademi Ketenteraan Amerika Syarikat. Tahniah!

Mereka antara 15 calon terpilih dari pelbagai negara di seluruh dunia yang dijemput untuk menyertai latihan ketenteraan di Amerika Syarikat.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) dari Malaysia berjaya dan terpilih menyertai latihan di akademi ketenteraan berprestij di Amerika Syarikat (AS) tahun ini

Menurut laporan Berita Harian, Kadet Rakis Ruhaim Abdul Rahman, 22, diterima masuk ke Akademi Tentera Laut AS di Annapolis, Maryland sementara Luthfil Haikal Haswadi, 20, pula akan menyambung pengajian ke Akademi Tentera Darat AS di West Point, New York.

Mereka antara 15 calon terpilih dari pelbagai negara di seluruh dunia yang dijemput untuk menyertai latihan ketenteraan di Amerika Syarikat.

Sijil pelantikan dua kadet berkenaan diserahkan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D Kagan yang turut dihadiri Mejar Jeneral Datuk Ts. Reizal Arif Tan Sri Ismail, Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Angkatan Tentera Malaysia.

Kagan (kiri) bergambar bersama Rakis Ruhaim (dua kiri), Luthfil Haikal (tiga kiri) dan Reizal Arif di Kediaman Rasmi Duta AS baru-baru ini.

Image via Fariz Rusadio/Kosmo!

Bagi Rakis Ruhaim, beliau bersyukur dipilih untuk menyambung pengajian di akademi terkemuka berkenaan

Bekas pelajar Kolej Tentera Diraja itu berkata, minat untuk menyertai Tentera Laut mula timbul sejak pemergian bapanya pada 2017.

"Sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga, ia memberikan saya satu tanggungjawab yang besar untuk memimpin keluarga, jadi saya fikir untuk mendisiplinkan diri, caranya adalah dengan menyertai tentera.

"Disebabkan itu saya mula memohon untuk memasuki Kolej Tentera Diraja untuk Tingkatan Tiga dan Empat, manakala pada Tingkatan Lima pula saya dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jerman sebagai sebahagian daripada program Kadet Tentera Laut selama dua tahun.

"Selepas tamat pengajian saya kembali ke tanah air sebelum menyertai Akademi Latihan Ketenteraan (ALK),"
katanya.

Kadet Luthfil Haikal (kiri) dan Kadet Rakis Ruhaim bergambar bersama selepas menerima sijil pelantikan.

Image via https://www.airtimes.my/2025/06/13/dua-pelajar-malaysia-terpilih-ke-akademi-perkhidmatan-tentera-as/

Katanya, beliau akan menggunakan pengalamannya selama lapan bulan di ALK untuk membantunya ketika di AS.

"Di ALK kami melalui pelbagai latihan yang sedikit sebanyak dapat membantu persediaan ke AS yang semua ketahui memerlukan kecerdasan yang tinggi terutamanya dari segi moral, mental dan akademik.

"Saya fikir Malaysia sudah cukup mempersiapkan kami, namun masih banyak yang perlu dipelajari ketika di sana," katanya.

Dalam pada itu, bagi Luthfil Haikal pula, selain tawaran ke AS beliau turut menerima tawaran ke Akademi Pertahanan di Jepun

"Tapi West Point adalah impian saya sejak dulu, jadi disebabkan itu saya memilih untuk ke AS. Meskipun tidak mempunyai latar belakang ketenteraan, namun ia sedikit pun tidak menghalang saya untuk menjadi tentera.

"Malah saya juga adalah bekas pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang iaitu institusi yang lebih kepada akademik, tetapi saya tetap mahu mahu memasuki Tentera Darat.

"Kerana sejak awal saya sudah menyasarkan untuk menjadi tentera. Walaupun mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ini bukan bermaksud tentera ini bukan untuk saya kerana bidang ini juga memerlukan pelajar cemerlang untuk memimpin satu masa nanti," katanya.

Image via West Point USMA

Dalam pada itu, menerusi laporan Kosmo!, kedua-dua mereka akan mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda selama empat tahun dan dijangka tamat pada tahun 2029.

Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan, berkata kejayaan kedua-dua kadet tersebut amat membanggakan, memandangkan setiap akademi hanya menerima kira-kira 15 pelajar antarabangsa daripada lebih kurang 1,500 tempat yang ditawarkan.

“Hanya satu peratus atau bersamaan 15 orang sahaja yang dipilih daripada calon-calon seluruh dunia yang bersaing untuk mendapatkan peluang ini.

“Saya percaya ini mencerminkan kualiti dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia serta warganya.

“Malaysia telah berjaya menghantar begitu ramai calon ke Amerika Syarikat saban tahun,” katanya.

Kadet Rakis Ruhaim (kiri) dan Kadet Luthfil Haikal (kanan) bersama Duta AS ke Malaysia, Edgard D.Kagan (tengah) di majlis pelantikan dan penyampaian sijil.

Image via airtimes.my

Untuk rekod, pemilihan mereka dibuat melalui proses yang amat kompetitif, merangkumi pencapaian akademik, potensi kepimpinan, dan keupayaan fizikal.

Sejak tahun 1971, seramai 40 pelajar Malaysia telah menamatkan pengajian dari akademi ketenteraan Amerika Syarikat, sekali gus menyumbang kepada keselamatan global serta memperkukuh hubungan pertahanan dan kerjasama antara rakyat kedua-dua negara.

Legasi kerjasama dalam bidang pendidikan ketenteraan ini bukan sahaja membina jaringan profesional dan peribadi antara pasukan keselamatan, malah melahirkan pemimpin berwibawa yang komited terhadap keamanan, kestabilan, dan kemakmuran bersama. 

Tahniah sekali lagi diucapkan, semoga terus maju jaya dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment