Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Diskaun Sehingga 80%" - Al-Ikhsan Sports Anjurkan Karnival Sukan Terbesar Di Malaysia

Bertempat di Dewan Tun Razak 3 & 4, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dari 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023.

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi peminat sukan di negara kita, jenama Al-Ikhsan pastinya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia

Apa tidaknya rangkaian outlet mereka menawarkan pelbagai jenis barangan sukan meliputi dari pelbagai jenama terkenal di seluruh dunia.

Jadi tidak hairanlah apabila mereka menganjurkan karnival sukan yang juga merupakan jualan termurah sepanjang tahun mendapat sambutan yang sangat luar biasa.

Karnival Sukan Terbesar Di Malaysia oleh Al-Ikhsan Sports kini sedang berlangsung di Dewan Tun Razak 3 & 4, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dari 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023.

Image via Al-Ikhsan Sports

Menurut Al-Ikhsan Sports, kira-kira 180,000 barangan sukan dari 15 jenama iaitu Nike, Adidas, Puma, Asics, Umbro, Lotto, AL Sports, Skechers, Under Armour, Reebok, Brooks, Teva, LFC, New Balance dan Diadora tersedia dengan diskaun mencecah sehingga 80%.

Karnival Sukan Terbesar Di Malaysia merupakan acara tahunan yang cukup dinantikan oleh pelanggan setia mereka dan juga peminat sukan secara amnya terutama di Lembah Klang.

Ia bertindak sebagai salah satu Jualan Penghabisan Stok Akhir Tahun dari Al-Ikhsan Sports yang menampilkan tawaran seperti barangan sukan dari kasut sukan, pakaian sukan dan bag sukan.

Tawaran lebih daripada 180,000 barangan sukan dengan diskaun sehingga 80%

Image via Akmal Redzwan (SAYS Seismik)

Dalam menjadikan sukan mampu milik untuk semua, Al-Ikhsan Sports mengadakan diskaun ‘Beli 2, Diskaun 20%’ atau ‘Beli 3, Diskaun 30%’ untuk pakaian, serta menawarkan 37,000 pasang kasut dengan harga bawah RM100 dan pilihan kasut yang bernilai RM3.8 juta untuk semua sepanjang sebelas hari karnival sukan ini berlangsung.

“Kami sentiasa memastikan pelanggan kami mendapatkan promosi dan tawaran yang terbaik ketika membeli-belah dengan Al-Ikhsan Sports. 

"Karnival Sukan Terbesar Malaysia oleh Al-Ikhsan Sports ini adalah karnival sukan terbesar yang pernah diadakan oleh mana-mana peruncit sukan lain di Malaysia.

“Inilah masanya untuk mencuci mata dengan pilihan barangan sukan daripada lima belas jenama di bawah satu bumbung di karnival sukan ini. 

"Peluang sebegini hanya boleh didapati di Al-Ikhsan Sports dengan tawaran lebih daripada 180,000 barangan sukan dengan diskaun sehingga 80%,” kata Encik Vach Piluttla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.

Image via Akmal Redzwan (SAYS Seismik)

Image via Akmal Redzwan (SAYS Seismik)

Sebagai rekod, Al-Ikhsan Sports telah menjadikan sukan mampu milik buat rakyat Malaysia dan kini mempunyai 175 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Barangan Al-Ikhsan Sports juga boleh didapati melalui laman e-dagang rasmi di www.al-ikhsan.com.

Ikuti Al-Ikhsan Sports di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn untuk maklumat lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment