Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Dia Bagi Salam, Aku Bagi Like" - Lelaki Gigih PM Tepi, Gadis Pula Jual Mahal, Akhirnya...

Mungkin ini yang dikatakan "Consistency is key".

Cover image via Facebook Miya Juna

Berbicara soal jodoh, ianya memang tidak dijangka.

Kadang-kadang tanpa disedari, orang yang ada di depan mata kita itulah sebenarnya jodoh kita.

Orang selalu cakap, kalau dah jodoh itu, takkan kemana. Beribu batu perginya, kalau dah jodoh, pasti akan berjumpa juga akhirnya dan ke jinjang pelamin juga jawabnya.

Tapi untuk pastikan sampai juga ke jinjang pelamin itu, mestilah diselitkan dengan usaha sekali. Usaha bukan sekadar waktu nak bernikah dan berkahwin itu sahaja, tapi waktu mengorat pun kena ada usaha, tahu!

Gambar hanya sekadar hiasan.

Image via Majalah Labur

Nak mengorat pun, kena ada skill, mana boleh secara semberono. 

Namun lain pula ceritanya dengan seorang lelaki ini kerana skill yang digunakannya hanya sekadar memberi "Salam" sahaja. Itu pun hanya dibalas dengan tanda 'Like' oleh gadis yang diminatinya.

Siapa sangka akhirnya mereka berjodohan juga.

Baru-baru ini tular di laman Facebook kisah lucu permulaan perkenalan pasangan suami isteri dari Negeri di Bawah Bayu

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Miya Juna telah berkongsikan kisah detik perkenalan bersama suaminya, Daeng Mizan.

Image via Facebook Miya Juna

Lawaknya, gara-gara bersikap 'jual mahal', Miya hanya memberikan tanda jempol (ibu jari) atau Like sahaja setiap kali diberikan ucap salam oleh lelaki terbabit.

Image via Facebook Miya Juna

Barangkali ekoran konsistensi yang ditunjukkan lelaki tersebut berjaya melembutkan hati wanita itu dan selang beberapa tahun kemudian, kedua mereka telah pun disatukan menjadi suami isteri yang sah.

Image via Facebook Miya Juna

Menariknya, pasangan suami isteri itu juga baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata sulung yang diberi nama Anggun Khadijah pada 9 Ogos lepas. 

Image via Facebook Miya Juna

Image via Facebook Miya Juna

Dalam posting-nya, Miya telah memohon doa orang ramai agar dia dan suaminya dapat menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik di samping mengharapkan anak mereka membesar menjadi insan yang solehah.

Ternyata kisah menarik ini berjaya menarik perhatian orang ramai

Rata-rata netizen terhibur dan memuji kegigihan suami Miya demi memenangis hatinya. Bukan itu sahaja, ramai juga mendoakan yang terbaik buat pasangan suami isteri itu serta anak mereka.

Antara komen daripada netizen:

Image via Facebook Miya Juna

Image via Facebook Miya Juna

Image via Facebook Miya Juna

Wah, tabik pada kegigihan suami Miya!

Mungkin ini yang dikatakan, "Consistency is key".

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi kisah 'jodoh pasti bertemu' di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment