Bunuh Bayi Sendiri & Sumbat Dalam Kotak Bijirin, Pelajar Malaysia Disabit Bersalah Di UK
Allahuakbar. Kesiannya baby tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang pelajar wanita Malaysia disabit bersalah oleh mahkamah di Britain selepas membunuh bayi sendiri
Menurut laporan Sinar Harian, Teo Jia Xin, 22, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu selepas mayat bayi berkenaan yang disumbat dalam kotak bijirin ditemui di dalam sebuah beg pakaian.
Menurut pejabat Crown Prosecution Service (CPS), Jia Xin melahirkan anaknya pada 4 Mac lalu.
Polis West Midlands melakukan siasatan lanjut ke rumahnya dua hari selepas tertuduh pergi ke hospital dan menunjukkan tanda pernah bersalin.
Image via Sinar Harian
Walau bagaimanapun, ketika disoal kakitangan perubatan, Jia Xin menafikan dia baru melahirkan anak.
Pihak juri juga menolak kenyataan pembelaan defendan yang kononnya dia mendengar suara menyuruh untuk membuang bayi itu.
Jurucakap CPS, James Leslie Francis berkata, Jia Xin tiba di Britain tiba di negara itu ketika sedang hamil dan turut menyembunyikan kandungan tersebut.
Image via Sumberkini
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment