Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Budak Lelaki Pura-Pura Batuk Ikut Orang Sebelah Sebab Nak Perhatian Buat Ramai Terhibur

Pandai betul dia ya.

Cover image via @aidakitchen_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kepesatan teknologi menyebabkan pengaruh penggunaan media sosial menjadi semakin dominan

Hal itu menyebabkan ramai yang mengambil peluang untuk merakam momen-momen bersama keluarga dan kawan-kawan serta meletakkannya dalam akaun media sosial peribadi seperti platform TikTok. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang budak lelaki pura-pura batuk di sebuah kedai makan telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pura-pura batuk selepas wanita sebelah batuk untuk curi perhatian

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aidakitchen_ di TikTok, kelihatan seorang budak lelaki dirakam sedang menonton sesuatu dalam telefon bimbit di sebuah meja di kedai makan. 

Dalam video itu, terdapat dua wanita yang sedang lepak di meja sebelahnya dan dilihat salah seorang daripadanya telah batuk. Apa yang menarik perhatian adalah budak tersebut juga berpura-pura batuk sambil melihat dua wanita itu. 

Hal berkenaan menyebabkan mereka tergelak melihat reaksinya dan dapat juga dilihat budak lelaki itu ketawa dan tersenyum lebar apabila perasan dua wanita itu melihatnya. 

Image via @aidakitchen_ (TikTok)

"Wow, taktik orang lama kau pakai dik. Pandai eh haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 255.4K views, 33.1K likes dan 178 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki tersebut dan memberi komen mencuit hati mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @aidakitchen_ (TikTok)

Image via @aidakitchen_ (TikTok)

Image via @aidakitchen_ (TikTok)

Image via @aidakitchen_ (TikTok)

Image via @aidakitchen_ (TikTok)

Kecil-kecil dah pandai mengorat ya dik :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment