Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bising Lambat Dapat Bantuan Banjir, Bekas Tentera Dedah Situasi Sebenar Buat Ramai Sedar

Mereka pun manusia biasa dan ada keluarga.

Cover image via @faiznurzin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ikutan isu penduduk yang terjejas banjir kilat baru-baru ini, ramai tidak berpuas hati dengan anggota keselamatan seperti bomba dan tentera kerana lambat memberi bantuan

Antara persoalan besar yang sering timbul di mulut mereka ada "kenapa anggota penyelamat lambat sampai?" telah mendapat perhatian salah seorang bekas tentera.

Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk bersuara bagi pihak tentera dan pasukan keselamatan lain supaya orang ramai faham akan situasi sebenar yang berlaku.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Netizen hanya tahu assume berdasarkan apa yang dilihat melalui media sosial

Menerusi video yang dimuat naik oleh @faiznurzin atau nama sebenarnya Capt (R) Raeiz Hamed RMAF yang merupakan bekas pegawai TUDM tampil untuk menjelaskan situasi sebenar apabila banjir berlaku di Malaysia.

Menurutnya, cuti para anggota keselamatan sebenarnya akan dibekukan serta merta apabila bencana melanda negara.

Malah, realitinya mereka sudah bersiap sedia untuk membantu rakyat yang ditimpa musibah tanpa sempat memuat naik perkembangan semasa di media sosial.

Bukan itu saja, anggota keselamatan juga mempunyai keluarga yang terjejas akibat banjir. Tetapi, mereka terpaksa meninggalkan keluarga bagi menjalankan tugas menyelamat di lokasi lain.

Image via @faiznurzin (TikTok)

Image via @faiznurzin (TikTok)

"Betul tuan, anak isteri pulak terkontang-kanting kena jaga diri kemas rumah bagai. Pernah rasa masa banjir besar dekat Terengganu dulu, abah pergi selamatkan orang dekat tempat lain" - Netizen

Ternyata, video berkenaan telah memberikan kesedaran buat segelintir netizen yang selama ini fikir negatif dan sesuka hati membuat ulasan sendiri terhadap anggota keselamatan.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 542.7K tontonan, 47.7K tanda suka serta 3.7K perkongsian di laman TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @faiznurzin (TikTok)

Image via @faiznurzin (TikTok)

Image via @faiznurzin (TikTok)

Image via @faiznurzin (TikTok)

Image via @faiznurzin (TikTok)

Image via @faiznurzin (TikTok)

Image via @faiznurzin (TikTok)

Image via @faiznurzin (TikTok)

Dalam keadaan musibah macam ni, semua orang perlu faham situasi sesama sendiri. Mana yang boleh hulurkan bantuan dulu, apa salahnya kita sama-sama tolong kan? :)

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment