Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Berdengkur Terlalu Kuat, Haniff Kongsi Keputusan Dikeluarkan Doktor Selepas Rawatan

Korang yang ada masalah dengkur boleh cek macam Haniff ni.

Cover image via @haniffhamzah (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pengacara dan DJ radio, Haniff Hamzah berkongsi keputusan daripada doktor selepas dikesan mengalami masalah dengkur yang teruk

Menerusi perkongsian di laman TikToknya @haniffhamzah, dia sebelum ini berkongsi pemeriksaan kesihatan yang dilakukan di sebuah pusat perubatan.

Difahamkan, seorang doktor telah menjemputnya untuk membuat pemeriksaan selepas dia rakan sekerjanya Ian berkongsi video memaparkan bunyi dengkuran Haniff.

Image via @haniffhamzah (TikTok)

Lega selepas dapat tahu keputusan yang dikeluarkan

Selepas beberapa minggu, Haniff berkongsi keputusan yang dikeluarkan doktor pakar telinga, hidung dan tekak mengenai masalah berdengkurnya.

Menurut Haniff, doktor memberitahu dia hanya mengalami masalah kurang tidur sahaja dan memerlukan 'sleep hygiene'. Di mana ia bermaksud, Haniff perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya dia boleh tidur yang cukup pada malam hari.

"Alhamdulillah, i'm okay. Very minimal sleep apnea, maksudnya tak perlu pakai mesin untuk tidur, tak perlu ada surgery, everything is good," ujarnya.

Tambahnya, pemeriksaan itu memerlukannya untuk memakai wayar di seluruh badan bagi memeriksa bahagian otak dan jantungnya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment