Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

#Belanjawan2020: 'Highlights' Penuh & Kelebihan Yang Bakal Diperoleh Golongan Belia!

Golongan belia adalah mereka yang berusia di antara 18 sehingga 40 tahun.

Cover image via Google

Belanjawan 2020 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat semalam, 11 Oktober 2019

Salah satu perkara yang dinanti-nantikan dalam pembentangan ini sudah semestinya kelebihan yang bakal diperoleh golongan belia dan anak-anak muda iaitu buat mereka yang berusia di antara 18 sehingga 40 tahun.

Image via Twitter @SyedSaddiq

Image via Twitter @SyedSaddiq

Bahkan, melalui posting di laman-laman sosial, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sendiri telah memberi bayangan berita gembira buat golongan ini.

Semenjak pelantikkan di Kementerian itu, YB Syed Saddiq sememangnya lantang dalam menjadi suara dan wakil buat generasi muda terutamanya dalam isu-isu berkaitan golongan belia. 

Image via Twitter @SyedSaddiq

Manakan tidak, golongan ini merupakan kumpulan majoriti yang akan menjadi pemegang taruh dalam mencorak dan menentukan kepimpinan Malaysia menjelang tahun 2030 nanti, seperti yang pernah dilaporkan Berita Harian.

Oleh kerana fokus banyak diberikan kepada golongan ini juga, pada ambang Belanjawan 2020, tanda pagar #BelanjawanAnakMuda2020 telah tercipta di laman Twitter bagi memudahkan orang ramai untuk melihat, membaca, serta berdiskusi tentang kelebihan yang akan diterima golongan ini.

Berikut adalah rangkuman serta highlights penuh untuk #BelanjawanAnakMuda2020:

1. Kerajaan menyediakan RM10 juta bagi melatih usahawan mikro-digital

  • RM10 juta disediakan kepada MDEC untuk melatih usahawan mikro-digital dan pakar teknologi bagi memanfaatkan e-Marketplaces dan platform media sosial.
  • Seramai 100 daripada usahawan mikrodigital ini, yang majoritinya terdiri daripada wanita dan belia, telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM23 juta dalam tempoh hanya 6 bulan sekaligus mengubah kehidupan mereka.

2. Kerajaan akan meningkatkan peruntukan E-Sports kepada RM20 juta

Image via Twitter @SyedSaddiq

  • Kerajaan mengiktiraf potensi tinggi e-Sukan, kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM20 juta pada tahun 2020.
  • Pertambahan sebanyak RM10 Juta berbanding belanjawan lepas.
  • Kerajaan mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan Malaysia dan semoga memenangi sebanyak mungkin pingat emas Sukan SEA di Manila pada bulan Disember 2019.

3. Kerajaan akan memberi insentif bernilai RM30 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas

Image via The Jakarta Post

  • Bagi mempercepat transformasi ke arah peningkatan penggunaan e-Dompet atau e-Wallet dalam masyarakat dan peniaga, terutamanya perusahaan perniagaan kecil dan runcit untuk menerima bayaran digital, Kerajaan akan menawarkan rangsangan digital secara one-off bernilai RM30 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100 ribu.
  • Apa yang diperlukan hanyalah akaun e-Dompet dengan identiti yang disahkan melalui penyedia perkhidmatan yang terpilih.
  • Rangsangan digital secara one-off bagi setiap orang boleh ditebus dan digunakan untuk tempoh dua bulan bermula 1 Januari 2020 dan akan tamat pada 29 Februari 2020.
  • Kerajaan akan memperuntukkan sehingga RM450 juta kepada Khazanah Nasional untuk melaksanakan insentif ini yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

4. Kerajaan akan melancarkan inisiatif #MalaysiaKerja (Malaysians@Work) bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia

Image via Twitter @SyedSaddiq

  • Secara ringkasnya, Malaysia@Kerja dibahagikan kepada beberapa program yang disasarkan kepada pekerja dan majikan dengan menyediakan pelbagai insentif seperti berikut:

#GraduanKerja (Graduates@Work) direka khusus untuk pengambilan graduan yang menganggur melebihi 12 bulan.

  1. Graduan yang menerima tawaran kerja akan menerima insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diterima.
  2. Manakala majikan pula akan menerima insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan juga bagi tempoh yang sama;

#PerantisKerja (Apprentice@Work) adalah program insentif Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bentuk elaun tambahan sebanyak RM100 sebulan untuk pelajar dalam kursus TVET.

  • Inisiatif #MalaysiaKerja akan disediakan oleh Kerajaan dan diuruskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di mana insentif gaji tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP kecuali bagi program #PerantisKerja.
  • Kerajaan menjangkakan program #MalaysiaKerja akan mewujudkan tambahan peluang pekerjaan sebanyak 350 ribu untuk rakyat Malaysia dalam masa lima tahun.
  • Program ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada seramai 130 ribu orang pekerja asing.

5. Kerajaan mencadangkan gaji minimum ditingkatkan kepada RM1200/bulan di wilayah bandar-bandar utama pada tahun 2020

Image via bharian.com.my

  • Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk menambah baik kehidupan rakyat, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.
  • Pada bulan Januari 2019, Kerajaan telah meningkatkan gaji minimum kepada RM1,100 sebulan.
  • Kerajaan juga memanjangkan kelayakan bayaran lebih masa bagi golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2 ribu kepada RM4 ribu sebulan.

6. Kerajaan akan meningkatkan peruntukan daripada RM 5.7 billion kepada RM5.9 bilion bagi program TVET

Image via Twitter @SyedSaddiq

  • Kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi membiayai kursus TVET yang dilaksanakan oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (SSDC);
  • Menggalakkan kerjasama industri yang lebih oleh Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dengan;
  • Kerajaan akan memperluaskan laluan kerjaya graduan TVET untuk melanjutkan pengajian dan mendapatkan pekerjaan. Justeru, Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) akan mula menawarkan kursus ijazah untuk pelatih yang telah menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional pada tahun hadapan; dan
  • Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) akan bekerjasama dengan industri untuk menyediakan latihan TVET yang dipadankan dengan pekerjaan yang bersesuaian. Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan RM30 juta untuk melatih lebih tiga ribu belia daripada keluarga berpendapatan rendah.

7. Kerajaan akan memperuntukkan RM5 bilion untuk Skim Bantuan Sara Hidup (BSH)

  • Mulai tahun depan, Kerajaan akan memperuntukkan RM5 bilion untuk Skim Bantuan Sara Hidup dan memperluaskan skim ini meliputi 1.1 juta individu bujang berumur melebihi 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2 ribu sebulan.
  • OKU berumur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM2 ribu sebulan juga layak menerima bayaran BSH.
  • Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak menerima sebanyak RM300 dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma.

8. Bagi penerima BSH (B40) yang layak, subsidi petrol akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima

Image via Utusan

  • Bagi pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH, Kad95 membolehkan mereka menikmati subsidi 30sen/liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.
  • Subsidi layak diberikan sekiranya harga pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) melebihi RM2.08 seliter.

9. Kerajaan menyediakan Skim Perumahan Belia yang mana bantuan ansuran RM200/bulan diberi selama 2 tahun pertama untuk belia

Image via Twitter @SyedSaddiq

  • Kerajaan akan melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh BSN mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021.
  • Skim ini juga menawarkan jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus melalui Cagamas untuk membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh dan bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan untuk dua tahun pertama terhad kepada 10 ribu unit rumah.

10. Kerajaan akan mempergiatkan program pembangunan belia

Image via Twitter @SyedSaddiq

  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM138 juta untuk Kelab Pemuda Belia (YPC), Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan inisiatif sukarelawan.

So, apa pendapat belia tentang BelanjawanAnakMuda2020 ini? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen di bawah!

Layari Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK untuk update terkini!

Image via SAYS

Baca rangkuman penuh Belanjawan 2020 di bawah:

Lagi tentang #Belanjawan2020:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment