Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Baru Nak Baca Yasin, Tetapi Boleh Pula Kena Scam Dapat CD Sahaja Ini Undang Tawa Ramai

Kena scam dengan pak cik.

Cover image via @adib_661 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Yasin merupakan antara surah yang terkenal dengan pelbagai manfaat dan kebaikan buat pembacanya

Selalunya, kebanyakan masjid atau surau di Malaysia ini sering menganjurkan majlis bacaan Yasin secara beramai-ramai pada setiap malam Jumaat.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang diberikan CD Yasin ketika majlis bacaan Yasin telah menghiburkan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Ingatkan buku Yasin, rupa-rupanya cover CD Yasin

Menerusi video yang dimuat naik oleh @adib_661, kelihatan seorang lelaki sedang merakam situasi di majlis bacaan Yasin di sebuah surau yang tidak dikenal pasti.

Lelaki tersebut kemudian menunjukkan buku Yasin yang dipegangnya. Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila dia membuka buku tersebut ia hanya mempunyai CD Yasin bukannya surah Yasin.

Difahamkan, terdapat seorang pak cik yang memberikan CD Yasin kepada lelaki tersebut. Cover CD Yasin itu pula memang nampak seperti buku-buku Yasin yang lain.

Image via @adib_661 (TikTok)

Image via @adib_661 (TikTok)

Image via @adib_661 (TikTok)

"Masuk mulut bang, dia auto bunyi sendiri dari telinga" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mendapat sehingga 653.2K tontonan, 68.6K tanda suka dan 1.5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi lelaki itu diberikan CD Yasin ketika majlis bacaan Yasin tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @adib_661 (TikTok)

Image via @adib_661 (TikTok)

Image via @adib_661 (TikTok)

Image via @adib_661 (TikTok)

Aduhai, banyak kali tengok pun masih kelakar. Lepas ni abang kena standby CD player dalam beg siap-siap :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment