Baru Lepas 'Sunatkan' Kucing, Pemilik Kucing Buat Kenduri Kesyukuran & Edar Pulut Kuning
Cutenya!
Ada di antara kita yang menganggap haiwan peliharaan itu sebagai ahli keluarga sendiri
Manakan tidak, telatah dan gelagat haiwan ini sering kali membuat kita terhibur, lebih-lebih dikala sedang stress ataupun sedih.
Bahkan, ada juga yang sanggup berhabis duit demi menjaga dan memastikan haiwan peliharaan itu sentiasa berada dalam keadaan yang paling baik. Biasalah, macam menjaga ahli keluarga sendiri, pasti kita juga mahukan yang terbaik untuk haiwan peliharaan kita dengan menjaganya sepenuh hati.
Baru-baru ini viral di laman Twitter, pemilik kepada tiga ekor kucing mengedar pulut kuning dengan rendang telur puyuh sempena kucing-kucingnya 'disunatkan'
Image via Twitter @NiniNell
Tweet yang dimuat naik oleh @NiniNell telah mencuri perhatian ramai orang sehingga mendapat lebih 26 ribu retweets dan 17 ribu likes.
Image via Twitter @faizidalaiil
Menerusi laporan Mstar, majlis kesyukuran tersebut dibuat sempena tiga kucing milik Khairul Faizi iaitu Achilles, Atlas dan Arez dimandulkan. Oleh itu mereka sekeluarga memutuskan untuk meletakkan pelekat ‘majlis kesyukuran berkhatan’ supaya tampak lebih cantik dan kreatif.
Image via Instagram @jupiter_loves_venus
Bukan itu sahaja, pemuda berusia 32 tahun itu turut menjelaskan bahawa perkongsian pulut kuning berserta rendang telur burung puyuh itu adalah sebagai tanda bersedekah
“Sedekah atau beri pulut kuning ini memang cara ibu bapa kami lakukan sejak dulu. Kadang-kadang tu tanpa ada sebab pun, memang kami suka berkongsi dengan kawan-kawan.
Image via Instagram @faizidalaiil
“Saya ‘khatankan’ kucing-kucing ni pun ada sebab kerana mahu memastikan keadaan mereka terjamin supaya tidak terseksa apabila terlalu banyak untuk dijaga," jelasnya.
Khairul yang merupakan pencinta kucing sering kali memberi makan kucing-kucing terbiar.
Katanya, “Saya memang respek pada kucing-kucing. Malah, kalau ada kucing terbiar pun, saya akan pastikan mereka diberi makanan dan diletak pada pinggan kertas atau sekurang-kurangnya dialas dengan suratkhabar."
Ekoran tularnya tweet tersebut, terdapat sebilangan orang yang menyifatkan pemberian pulut kuning yang dibuat atas nama haiwan itu seperti mahu mempermainkan majlis kesyukuran
Image via Twitter @NiniNell
“Tak kira siapa atau apa pun, kita sebagai manusia seharusnya bersyukur. Kucing juga merupakan makhluk Tuhan, kenapa nak ada double standard?
“Walaupun sekadar kucing, kita perlu menghormati haiwan ini sebagaimana kita menghormati manusia. Kita semua makhluk ciptaan Allah SWT, hormat-menghormati itu adalah sebaik-baiknya,” jelasnya lagi.
Ala *relax*lah, sama-sama kita pupuk nilai kasih sayang dalam diri kita untuk saling mengasihi, tidak kira terhadap manusia mahupun makhluk lain. Betul tak?
Image via Tumblr
Macam mana nak fokus dalam kuliah kalau ada kucing comel?
Tahu tak ada Pantai Kucing dekat Pulau Pinang?
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment