Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

“Banyak Betul” - Duit Belanja Sekolah Anak Sampai RM500 Sebulan Buat Ramai Terkejut

Rezeki anak dapat berbelanja.

Cover image via @puteri.trader (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman dahulu, RM2 itu sudah cukup untuk kita membeli makanan di kantin betul tak?

Namun, akibat perubahan zaman dan ekonomi sekarang ini ibu bapa perlu menyediakan wang lebih untuk diberikan kepada anak-anak.

Begitu juga dengan satu video yang tular baru-baru ini, berkenaan seorang budak perempuan yang diberikan RM500 sebulan untuk dibelanjakan di sekolah telah mendapat perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bila banyak harga barang naik, duit belanja sekolah anak pun kena lebih

Menerusi video yang dimuat naik oleh @puteri.trader di TikTok, kelihatan seorang budak perempuan sedang mengimbas kad pelajarnya untuk menunjukkan baki duit belanjanya.

Apa yang membuatkan netizen terkejut adalah baki duit belanja yang terpapar di skrin iaitu sebanyak RM494. Di ruangan kapsyen, pemilik video dipercayai ibu kepada budak perempuan tersebut mengatakan bahawa jumlah duit belanja bulanan anaknya adalah RM500.

Image via @puteri.trader (TikTok)

Image via @puteri.trader (TikTok)

“RM500 ini yuran sekolah dua orang anak saya sebulan” - Netizen

Ekoran tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.7M tontonan, 124.3K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut melihat jumlah duit belanja yang diberikan.

Namun, ramai juga yang memuji ibu bapa kerana sanggup keluar duit demi anak tercinta.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @puteri.trader (TikTok)

Image via @puteri.trader (TikTok)

Image via @puteri.trader (TikTok)

Image via @puteri.trader (TikTok)

Image via @puteri.trader (TikTok)

Image via @puteri.trader (TikTok)

Image via @puteri.trader (TikTok)

Image via @puteri.trader (TikTok)

Image via @puteri.trader (TikTok)

Betul lah tu. Zaman sekarang memang banyak pakai duit :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment