Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Ayah Bagi Cincin, Ibu Malu-Malu Kucing. Pasangan Ini Memang #RelationshipGoal Lah!

Siapa kata lelaki romantik sebelum kahwin sahaja?

Cover image via Twitter @izzatierahmat

Kita sering dengar para isteri mengomel mengatakan suami mereka hanya romantik sebelum berkahwin dan pada awal perkahwinan sahaja, yang mana dinamakan fasa bulan madu

Apabila diajukan soalan ini kepada para suami, mereka mungkin berkata, "Biasalah, waktu mengorat kena usaha lebih, takut terlepas ke tangan orang lain."

Kadang-kala perkara ini boleh mencetuskan pertelingkahan hanya kerana wanita tidak boleh menerima bahawa memang sudah azali bahawa itulah sifat semula jadi kebanyakan lelaki.

Berbeza pula dengan pasangan ini yang menjadi perhatian netizen ekoran gelagat si isteri yang malu-malu kucing diberi cincin oleh si suami pada sambutan hari kelahirannya

Video viral yang telah dikongsi oleh anak perempuan mereka menerusi laman Twitter itu telah mendapat lebih 16 ribu retweets serta lebih 20 ribu likes dan rata-rata netizen memberikan komen positif terhadap aksi romantik pasangan terbabit.

Video yang dirakam Nor Izzatie Rahmat itu menunjukkan reaksi ibunya yang tersipu malu apabila menerima kejutan daripada ayahnya yang meletakkan sebentuk cincin di dalam sebuah kotak yang dipenuhi dengan coklat ketika menyambut ulangtahun kelahiran wanita terbabit di sebuah restoran.

Menurut Izzatie, ayahnya, Rahmat Mokhtar, memang seorang yang romantik, bahkan sering membuat kejutan kepada ibunya

Dalam temubual bersama MStar, Izzatie berkata, "Ayah memang suka membuat kejutan untuk ibu. Ia merupakan acara wajib setiap tahun. Setiap kali tiba hari jadi ibu, dia akan ajak kami buat kejutan untuknya."

Ibu Izzatie yang merupakan seorang guru tadika juga sering mendapat hadiah daripada ayahnya ketika menyambut sambutan hari guru di mana ayahnya akan memberi bunga, coklat dan juga ucapan.

Image via Twitter @izzatierahmat

Tambahnya lagi, "Ayah suka tunjukkan kasih sayang terhadap ibu dan itu membuatkan kami adik-beradik mendamba untuk memiliki suami seperti ayah."

Izzatie yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu turut menyifatkan kedua ibu bapanya sebagai pasangan yang romantik dan suka berjenaka.

"Walaupun sudah 23 tahun berkahwin, tetapi mereka tetap sweet seperti pasangan baru bercinta," ujarnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment