Awas Jika Pasangan Sudah Lama Tidak Mahu Berhubungan Intim, Ini Penjelasan Doktor
Pasangan boleh mendapatkan khidmat pakar dari doktor seterusnya kaunseling sekiranya perlu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam rumah tangga, pasti ada pasang surutnya antara suami dan isteri
Sebab itu pentingnya komunikasi di dalam rumah tangga agar masalah dapat dibincang dan diselesaikan bersama.
Zaman sekarang, kedua-dua suami dan isteri perlu bekerja untuk memastikan kewangan keluarga kukuh. Jadi, bila balik rumah masing-masing penat.
Ada yang sampai tidak mahu atau menolak melakukan hubungan intim bila diajak oleh pasangan.
Banyak kes sekarang pasangan meluahkan pasangan mereka kurang melakukan hubungan intim
Oleh kerana masalah ini sering terjadi dan menjadi isu besar dalam rumah tangga, SEISMIK telah menemu bual Registrar Kanan Obstetrik & Ginekologi, Metro IVF Klang, Doktor Afida Sohana Awang Soh.
Menurut beliau, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan minat terhadap hubungan intim berkurangan.
Image via AARP
Apakah punca berlakunya ini?
- Masalah Kesihatan
Hubungan intim antara suami isteri boleh terjejas disebabkan oleh masalah kesihatan. Ini bukan hanya melibatkan gangguan kesihatan fizikal, malah kesihatan mental juga. Justeru, penting untuk pasangan bertemu doktor untuk memastikan tiada aspek kesihatan yang menyebabkan punca permasalahan ini. - Keinginan yang berbeza
Tidak semua individu mempunyai keinginan hubungan seks yang sama. Dalam situasi ini, komunikasi antara suami isteri amat penting untuk memahami keinginan dan 'preference' satu sama lain. - Keletihan atau kelesuan
Kelesuan melampau contohnya kerana penjagaan bayi, ditambah lagi dengan perubahan hormon pada ibu yang baru melahirkan boleh mengurangkan keinginan untuk bersama. Kesibukan atau waktu kerja yang panjang juga boleh menjejaskan keinginan individu untuk melakukan hubungan intim. - Kesan Sampingan Ubatan
Ada sesetengah ubat mempunyai kesan sampingan yang boleh menjejaskan keinginan untuk hubungan intim. - Trauma
Kesan trauma dari pengalaman lalu, atau kecederaan yang pernah dialami, juga boleh menjejaskan serta mengurangkan keinginan pasangan untuk bersama melakukan hubungan intim.
Image via All Relationships Matters
Apa nasihat doktor bagi pasangan di luar sana untuk menangani masalah ini?
Doktor Afida menjelaskan agar pasangan mengenal pasti isu atau penyebab permasalahan ini terlebih dahulu. Kemudian mulakan komunikasi yang baik antara kedua-dua belah pihak adalah amat penting.
Malah, jika semua perkara di atas sudah dilakukan atau sudah dibincangkan, adalah lebih baik jika anda dan pasangan untuk mendapatkan khidmat pakar daripada doktor seterusnya kaunseling sekiranya perlu.
Image via Provided to SEISMIK
Apa-apa pun bincang elok-elok dengan pasangan dan ketahui puncanya terlebih dahulu :)
Kempen Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu ini memberikan maklumat mengenai semua perkara yang melibatkan pengetahuan seksual yang merangkumi pelbagai aspek seperti kesihatan, komuniti, hubungan dan kekeluargaan serta dasar advokasi.
Klik di SINI untuk info lanjut.
Image via SAYS Seismik Peduli Seks
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment