Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kumpul 'Sampah' Selama 20 Tahun, Aunty Alami Hoarding Disorder Ini Curi Tumpuan Warganet

Proses untuk membersihkan rumah turut dihalang oleh anak wanita berkenaan dengan cara memberontak.

Cover image via @Marina_Ibrahims (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kita selalu dengar orang tua bercakap, "Barang yang ada tu simpan, takut nanti nak guna!"

Kalau anda nak tahu, ini merupakan salah satu ungkapan kegemaran milik pesakit hoarding disorder.

Menurut Hellodoktor, keadaan ini merupakan sejenis penyakit dipanggil hoarding disorder (gangguan penimbunan) yang mana seseorang itu mengalami kesukaran untuk membuang atau berpisah dengan barangan peribadi.

Individu yang mengalami hoarding disorder akan mengalami ketegangan setiap kali berfikir tentang tindakan membuang barang-barangnya.

Baru-baru ini, tular mengenai kejadian seorang individu yang didakwa menyimpan pelbagai barangan di luar rumah, seperti yang dikongsikan di Twitter ADUN Skudai @Marina Ibrahim yang mendapat perhatian warganet.

Program kesedaran kebersihan bersama penduduk dan masyarakat itu dianjurkan bersama Menteri Besar Johor, Exco, Adun dan agensi-agensi kerajaan dalam Program Johor Bersih, Sungai Skudai Kampung Bakar Batu, Perling, Johor Bahru.

Rumah sangat bersepah dengan longgokan barang dan sampah yang dikumpul selama 20 tahun

“Hoarding disorder. Aunty ni menangis-nangis tak beri kebenaran kami bersihkan. Tengok dalam rumah memang terkejut dengan keadaan tersebut.

“20 tahun kumpul barangan tersebut. Jiran pun terkejut tak tahu dia ada dua orang anak yang tinggal dalam satu bilik.

“Ruangan nak masuk ke dalam rumah pun begitu sempit,” kata Marina dalam ciapannya.

Menurut Marina, wanita itu sememangnya mahu menyimpan semua barangan di rumah dan tidak bercadang untuk membuangnya dalam masa terdekat.

Lebih merumitkan keadaan, proses untuk membersihkan rumah turut dihalang oleh anak wanita berkenaan dengan cara memberontak.

Image via Marina Ibrahim (Facebook)

Image via Marina Ibrahim (Facebook)

Image via Marina Ibrahim (Facebook)

Jelas Marina lagi, pujukan serta cadangan untuk menjual barangan mereka juga tidak berkesan.

“Dia memang tak ada niat nak buang barang dia. Ada kulit limau kering, makanan tamat tempoh, kekabu bantal rosak pun dia simpan. Sampah kertas dalam beg plastik pun simpan.

“Anak dia tadi menjerit suruh hentikan. Tapi ikut pengalaman saya, kalau tak dibantu, akan datang anak dia pun akan ikut jejak mak dia.

“Kita kata nak bagi duit pun tak nak. Dia menangis, Ahli Majlis pun cakap bahasa Cina dengan dia. Saya suruh dia fikirkan anak-anak. Nak ke anak-anak dia jadi macam dia. Tapi tadi anak dia menjerit juga tak bagi bersihkan,” ujar Marina menjelaskan apa yang berlaku di lokasi.

Bagi mengatasi masalah ini, Marina turut menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan kaunseling bagi membendung penyakit dihidapi.

"Marie Kondo pun jangan kata menangis… meraung tengok give up nak kemaskan" - Netizen

Susulan tularnya kejadian berkenaan, ciapan di Twitter itu kini telah pun meraih lebih 7,780 retweets dan 11.9K likes ketika artikel ini ditulis.

Hal ini telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berharap bahawa keluarga ini akan dibantu supaya mereka dapat hidup dalam persekitaran yang bersih.

Berikut antara komen menarik netizen di Twitter:

Semoga aunty ini dan anak-anak dia dibantu supaya mereka dapat hidup dalam persekitaran yang bersih!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment