Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ariana Grande Teruja Jumpa Michelle Yeoh Di Red Carpet Oscar, Henti Wawancara Untuk Peluk

Comel!

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum tahu, aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh telah mencipta sejarah tahun lalu selepas memenangi Oscar untuk lakonannya dalam filem “Everything Everywhere All At Once”

Walaupun tidak dicalonkan pada tahun ini, wanita berusia 61 tahun itu tetap memberikan personaliti yang cukup menarik perhatian ramai dengan pakaian memukau di atas karpet merah.

Penampilannya di karpet merah ternyata membuatkan ramai terpegun sehingga penyanyi terkenal Ariana Grande turut memuji kecantikan aktres itu.

Image via X

Henti wawancara untuk berikan pelukkan

Penampilan beliau di karpet merah telah mencetuskan keterujaan dengan penyanyi dan penulis lagu dari Amerika Syarikat iaitu Ariana Grande.

Ketika itu, penyanyi berkenaan berada di tengah-tengah temu bual bersama seorang lagi aktres Hollywood Vanessa Hudgens.

Namun, dia kemudian terlihat kedatangan Michelle Yeoh dan temu bual itu terhenti seketika untuk dia memberikan pelukkan kepada beliau.

Kedua-duanya mula bertegur sapa dengan pelukan mesra dan ciuman pipi, mereka jelas sangat gembira kerana dapat bertemu semula.

"Dia sukar dipercayai dalam filem ini, anda tidak tahu," kata Ariana kepada penemuduga. Michelle juga tidak segan memuji Ariana, malah berkata, "Anda kelihatan (seperti) puteri, puteri saya," dan menarik Ariana untuk memeluk sekali lagi.

Mereka mula menjadi kawan rapat semasa berkolaborasi pada filem 'Wicked', yang dijangka akan ditayangkan pada November 2024.

Image via Chigaco Tribune

Semasa Oscar, Michelle dan rakan-rakan pemenang Pelakon Wanita Terbaik berbesar hati untuk mengumumkan kemenangan Emma Stone untuk "Poor Things", yang turut memenangi tiga lagi anugerah.

Bagaimanapun, pemenang terbesar malam itu ialah "Oppenheimer", yang menyapu bersih tujuh anugerah, termasuk untuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Lihat video itu di bawah:

Comel je Ariana 'fangirling' dengan Michelle Yeoh ;P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment