Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Arab Saudi Larang Individu Masuk Makkah Tanpa Visa Haji Mulai 29 April Ini

Larangan itu turut membabitkan ekspatriat tanpa permit sah memasuki Makkah seawal 23 April.

Cover image via Arabian Business Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Arab Saudi tidak akan membenarkan mana-mana pihak memasuki Makkah atau berada dalam kota suci itu tanpa visa haji bermula 29 April ini

Menurut laporan Saudi Gazette, larangan tersebut turut membabitkan ekspatriat tanpa permit sah memasuki Makkah seawal 23 April.

Difahamkan, permit kemasukan itu hanya akan diberikan kepada individu yang kediamannya berdaftar secara rasmi di Makkah atau mereka yang memegang permit haji sah atau individu diberi kuasa untuk bekerja di tapak suci.

Malah, permohonan permit juga boleh dihantar secara dalam talian melalui platform Absher Individuals atau portal Muqeem.

Langkah berkenaan adalah sebahagian daripada arahan lebih menyeluruh untuk mengawal selia musim haji tahun ini, sekali gus memastikan keselamatan jemaah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Saudi Gazette

Individu nak masuk Makkah wajib dapat permit haji rasmi mulai 23 April 2025

Dalam pada itu, semalam iaitu bersamaan 15 Syawal 1446 atau 13 April 2025, menjadi tarikh akhir bagi jemaah umrah untuk masuk, manakala tarikh akhir bagi jemaah asing untuk meninggalkan kota suci itu ialah pada 1 Zulkaedah 1446 atau 29 April.

Bagi ekspatriat yang ingin memasuki Makkah diwajibkan mendapatkan permit haji rasmi daripada pihak berkuasa yang berkaitan mulai 25 Syawal 1446 atau 23 April 2025.

Malah, mereka yang tidak mempunyai permit haji yang sah akan dilarang masuk dan akan dihantar pulang ke negara asal.

Sementara itu, kementerian turut mengumumkan pengeluaran permit umrah melalui platform Nusuk akan ditangguhkan bagi warga Saudi, warga negara GCC, ekspatriat di Arab Saudi, dan pemegang visa lain mulai 29 April.

Penangguhan ini akan berkuat kuasa sehingga 14 Zulhijjah 1446 bersamaan 10 Jun 2025.

Bagaimanapun, kementerian juga menjelaskan, kemasukan ke Makkah atau berada di dalam kota itu akan dihadkan secara ketat kepada pemegang visa haji rasmi, berkuat kuasa mulai 29 April.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment