Aqish Sound Peniaga Kosmetik Jangan 'Overclaim' Produk - "Part Review Jujur Korang Cut"
Betul juga apa yang Aqish cakap tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon, Puteri Balqis meluahkan rasa kesalnya terhadap segelintir peniaga produk kosmetik lokal yang mempraktikkan budaya 'overclaim'
Menerusi sebuah video tular di laman TikTok, Puteri Balqis atau lebih dikenali sebagai Aqish tidak berpuas hati dengan sesetengah peniaga kosmetik yang meminta review jujur daripadanya dan menyuruhnya overclaim.
Menurut Aqish, pengikutnya di media sosial tidak bodoh untuk percaya bulat-bulat dengan review jujur daripada selebriti atau pempengaruh.
Image via @morosechildofficial (TikTok)
"Diaorang pun try banyak produk, diaorang pun tahu. Sebab penat tau overclaim produk. Moisturiser yang tak glow korang suruh cakap glow. Kitaorang penat cari cara nak glow kan tu.
"Jadi kalau produk korang memang tak bagus, jangan bagi kitaorang review jujur. Sebab part yang kitaorang review jujur korang cut," katanya.
Aqish juga tidak suka bila peniaga melibatkan ibunya untuk review produk
"Jangan guna mak aku, mak aku tak suka, mak aku tak pakai produk korang. Bila bagi produk tu bagilah benda yang real.
"Kitaorang book exclusive restaurant, book banglo untuk shoot produk lepas tu reshoot disebabkan benda bodoh. Tiga hari dah tak tidur bestie," katanya lagi.
Image via @morosechildofficial (TikTok)
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment