Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Anak Lebih Semangat Belajar" - Sambil Bantu Suri Rumah, Inisiatif Mommy Happy Ini Dipuji

Sambil menambah ilmu, boleh juga menjana pendapatan dengan cara mudah.

Cover image via @hq.mommyhappy (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Biarpun masih baru di pasaran, Syarikat Mommy Happy Group Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan nama Mommy Happy kini menjadi pilihan ramai ibu bapa dan guru untuk mendapatkan pelbagai produk pendidikan khususnya bagi anak berusia dua hingga lapan tahun

Gift box Keriangan Mommy Happy turut diinfakkan kepada kanak-kanak di Pusat Jagaan Amal Asyura baru-baru ini.

Image via HQ MOMMY HAPPY (Facebook)

Terdapat banyak pilihan produk yang ada dalam rangkaian produk mereka seperti buku pembelajaran, permainan, kad imbasan, buku rujukan ibu bapa dan guru dan pelbagai alat bantu mengajar.

Malah tak kurang juga yang menjana pendapatan dengan menjadi usahawan produk berkenaan.

Pengasas syarikat itu, Siti Sarah Mohd Fauzi, 35, juga cukup optimis dengan sambutan yang diterima.

"Produk kami membantu anak anak untuk belajar membaca, mengira, menulis dan mengaji. Malah turut disertakan kod QR di setiap halaman buku contohnya untuk membuka akses kepada video panduan. Ia turut membantu anak anak untuk membuat ulang kaji," katanya.

Bantu golongan wanita terutamanya suri rumah untuk menjana pendapatan dan hanya berniaga dari rumah

Image via HQ MOMMY HAPPY (Facebook)

Siti Sarah yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perniagaan berkata, syarikatnya sudah terbukti berjaya melahirkan ribuan usahawan. Khususnya golongan wanita yang hanya berniaga dari rumah.

"Di era pandemik Covid-19 ini ramai yang bergelut untuk meneruskan survival hidup. Lalu kami mahu mengajak lebih ramai suri rumah dan sesiapa sahaja untuk bergelar Usahawan Mommy Happy. Sambil menambah ilmu, boleh menjana pendapatan dengan cara mudah."

"Tanpa perlu modal tinggi dan berbekalkan semangat yang jitu, rajin dan komited menjual produk dan kerap mengemaskini promosi di media sosial, ejen boleh menarik ramai pembeli. Yuran kini dikenakan dengan harga puluhan ringgit sahaja."

"Tag line atau asas kami sendiri mahu memberikan kebahagiaan dan keceriaan kepada kepada golongan ibu atau suri rumah dan menaikkan semangat anak untuk belajar. Sekali gus, boleh menjadi Usahawan Mommy Happy yang berjaya," ujarnya.

Ditawarkan pelbagai kelas ilmu secara percuma seperti kelas membaca, menulis, mengira, mengaji dan melukis

Image via HQ MOMMY HAPPY (Facebook)

Tambah Siti Sarah lagi, usahawan mereka juga turut dibekalkan dengan ilmu dan tips menerusi kelas yang dilakukan secara konsisten setiap bulan.

"Tidak hanya kelas perniagaan untuk usahawan, anak mereka juga ditawarkan pelbagai kelas ilmu secara percuma seperti kelas membaca, menulis, mengira, mengaji dan melukis."

"Mereka juga tak perlu menyimpan stok produk di rumah kerana kerja pengeposan dan pembungkusan dilakukan pihak kami."

"Mereka hanya perlu menempah produk diingini menerusi sistem laman sesawang yang disediakan. Bukan hanya pendapatan diraih, usahawan juga layak mendapat bonus dan pelbagai ganjaran," katanya.

Syarikat beribu pejabat di Puncak Alam, Selangor ini juga turut konsisten membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah pendapatan.

Image via HQ MOMMY HAPPY (Facebook)

Dalam pada itu, Program Cabaran 100 Hari Anakku Bijak bersama Mommy Happy dianjurkan terbuka kepada semua ibu bapa dan guru dengan menawarkan ganjaran menarik.

Kehadiran produk ini juga turut bertepatan dengan norma baharu di era pandemik ini saat pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian turut dipraktikkan.

Rangkaian produk dijual pada harga yang berpatutan bermula daripada harga serendah RM10 hingga kepada RM150.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh saja layari laman web http://mommyhappygroup.com!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment