Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

“Amat-Amat Dahsyat!” - Tular Budak Lelaki Buat Liputan Loghat Utara Buat Ramai Terhibur

Dah besar boleh jadi wartawan betul ni dik.

Cover image via @MALAYSIAVIRAL (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang budak lelaki membuat rakaman liputan tentang penemuan seekor ular sawa di Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah

Rakaman berdurasi 2 minit 20 saat itu berjaya menarik perhatian para netizen kerana kepetahan budak lelaki itu membuat liputan persis wartawan.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Terjumpa ular sawa besar, siap bagi penerangan dalam loghat utara dan bercakap tanpa henti

Menerusi video yang dikongsi oleh @MALAYSIAVIRALL, kelihatan budak lelaki berkenaan sedang merakam sebuah kejadian penemuan ular sawa di pasar raya Bukit Selambau.

Apa yang menghiburkan adalah dia bercakap dengan sangat laju dan tercungap-cungap demi menyampaikan laporan berita tergempar itu kepada orang ramai. Malah, loghat utaranya yang pekat juga membuatkan ramai berdekah mendengarnya.

"Ada kemunculan seekor ular sawa yang paling besar dan amat-amat besar dan muncul di dalam longkang. Kami sedang mencuci longkang dan membersihkan kawasan market. Kami tak tau pasai apa ayaq boleh bertakung dengan sangat tinggi dan kami ingat ada sampah la kan. rupa-rupanya ular sawa yang sangat besar," katanya.

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

"Dia wartawan yang melaporkan, dia jugak mangsa yang diwawancara. Haha comel lah kau dik" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 51.9K views, 2.1K retweets dan 2.5K likes di Twitter, rata-rata netizen turut terhibur melihat kesungguhan budak lelaki itu menyampaikan maklumat tentang penemuan ular sawa tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Image via @MALAYSIAVIRALL (Twitter)

Apa-apa pun, awak memang terbaik dik. Petah dan pandai menyampaikan point-point penting dalam laporan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment