Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Aku Bukan Ustazah 2: Diheret Ke Kancah Penderitaan, Erysha Emyra Hadapi Ujian Terberat!

Sekuel yang dinanti-nantikan, Aku Bukan Ustazah 2 sedia gantikan 'Keluarga Itu'!

Cover image via Tonton

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila hidup terus diuji tanpa henti, adakah masih ada harapan yang mampu menyuluh kegelapan?

Musim baharu Aku Bukan Ustazah menyaksikan kembalinya watak-watak yang pernah menjadi bualan penonton iaitu Aminah, Adam, dan Omar, yang bakal meneruskan kehidupan mereka dalam memahami erti kasih sayang, pengorbanan, dan dendam. 

Saksikan perjalanan mereka dalam Aku Bukan Ustazah 2 bermula 10 Mei 2025, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam, hanya di TV3.

Image via Tonton

Kembali dengan sentuhan pengarah hebat Idora Abdul Rahman dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd, drama 35 episod ini menjanjikan kisah yang lebih berat dan emosional berbanding musim terdahulu. Penonton akan dibawa menyelami dimensi baharu kehidupan Aminah yang menyentuh isu kesihatan mental, cinta, dan kekeluargaan yang tidak pernah pudar.

Dengan barisan pelakon utama Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae dan Haneesya Hanee kembali menggalas watak masing-masing, penonton disarankan bersedia untuk sebuah perjalanan yang penuh kejutan serta ledakan emosi yang tak terduga.

Menjanjikan kisah yang lebih berat dan emosional berbanding musim terdahulu dalam 35 episod

Aku Bukan Ustazah 2 membuka tirai dengan kebahagiaan Aminah (Erysha Emyra) dan Adam (MK K-Clique) bersama anak mereka, Raykal, sambil menanti kelahiran cahaya mata kedua. 

Namun, hidup Aminah dan Adam kembali diuji apabila Omar (Zahiril Adzim) muncul semula, menghidupkan luka lama yang belum sembuh sepenuhnya. Adakah kembalinya Omar dengan niat yang tulus, atau terselit agenda jahat di sebalik tutur katanya yang manis?

Seiring perjalanan waktu, Aminah didapati menghadapi tekanan yang bertubi-tubi, hingga terperangkap dalam pergolakan jiwanya sendiri. Di saat dia hampir rebah, muncul pula seorang Dr. Syafiq (Nabil Aqil), yang hadir sebagai sinar harapan dan berusaha membimbingnya kembali ke jalan pemulihan.

Erysha Emyra memegang watak Aminah dalam Aku Bukan Ustazah 2.

Image via Tonton

Erysha turut berkongsi, "Musim kali ini jauh lebih berat berbanding sebelumnya kerana anda akan melihat sisi Aminah yang penuh cabaran dan ujian. Penggambaran sangat mencabar kerana banyak adegan yang perlukan saya untuk menangis.

"Jadi saya harap penonton dapat rasa setiap yang terpendam dalam diri Aminah dan memahami betapa dalamnya luka yang dia tanggung," ujarnya.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti lanjutan kisah Aminah, Adam dan Omar dalam Aku Bukan Ustazah 2 bermula minggu ini! Strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment