Aktivis PETA Tawar RM10 Buat Orang Awam Yang Duduk Dalam Sangkar Haiwan Selama 1 Minit
People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) merupakan sebuah organisasi berasal dari Amerika Syarikat ditubuhkan untuk memperjuangkan hak haiwan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam sebuah demonstrasi yang dilakukan di Pasar Seni baru-baru ini, PETA menawarkan RM10 buat orang ramai yang sanggup duduk di dalam sangkar selama satu minit
Menerusi laporan Free Malaysia Today, demonstrasi daripada organisasi pejuang hak haiwan itu melibatkan sebuah sangkar kecil yang kebiasaannya untuk diletakkan haiwan bersaiz kecil.
Menurut seorang sukarelawan PETA, Ong Xin Ru menjelaskan bahawa sangkar itu menggambarkan visual yang jelas tentang keadaan sempit dan ketat yang dialami oleh banyak haiwan dalam pelbagai industri, dari ladang kilang hinggalah ke zoo.
"Kami mahu orang ramai merasainya, walaupun hanya untuk beberapa minit, bagaimana rasanya dikurung.
"Objektifnya adalah untuk benar-benar bersimpati dengan situasi kehilangan kebebasan dan keadaan yang sering tidak selesa perlu dihadapi oleh haiwan tidak bersalah setiap hari," katanya.
Image via Free Malaysia Today
Beberapa orang mengambil bahagian dalam aktiviti itu disebabkan tertarik dengan cabaran dan peluang untuk mendapatkan wang tunai segera
Dalam masa yang sama, sukarelawan PETA akan berada bersama peserta dan orang ramai, menjelaskan tujuan di sebalik demonstrasi dan berkongsi maklumat mengenai isu kebajikan haiwan.
"Ia pasti membuka mata. Anda akan rasa agak terdedah dan terkurung, terutamanya di bawah panas matahari apabila anda berpeluh tanpa banyak ruang untuk bergerak.
"Ia membuatkan saya terfikir tentang haiwan yang disimpan dalam sangkar sepanjang hidup mereka dan menguatkan azam saya untuk menjadi seorang vegetarian," kata Ravi, seorang pelancong dari India yang menghabiskan lebih lima minit di dalam sangkar tersebut.
Difahamkan, demonstrasi ini merupakan yang pertama dibuat sebelum siri demonstrasi yang sama akan dilakukan pihak PETA selepas ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment