Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ajar Cara Halau Monyet Di Kolej, Video Pemuda Ini Buat Ramai Trauma & Terhibur

Kuat betul suara dia!

Cover image via @arszliey (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi anda yang pernah tinggal di kolej atau asrama, pasti sudah biasa dengan isu monyet liar bukan?

Tidak dinafikan, jika kolej kita berhampiran dengan kawasan hutan, memang kita akan selalu terjumpa dengan monyet liar ini.

Masalahnya, jika ia sudah mula menceroboh bilik dan mencuri barangan kita memang kita patut halau haiwan itu.

Tetapi, lain pula yang terjadi dengan video ini apabila seorang remaja lelaki cuba mengajar cara menghalau monyet di kolej mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Halau guna cara jeritan maut, tak sangka menjadi sampai monyet bertempiaran lari

Menerusi video yang dimuat naik oleh @arszliey, kelihatan seekor monyet menceroboh masuk ke dalam tandas kolejnya.

Apa yang menghiburkan adalah sebaik saja monyet itu cuba mengambil barangan mandian di situ, remaja lelaki berkenaan bertindak menjerit sekuat hati seperti dirasuk.

Lebih melucukan lagi, monyet tersebut terkejut dan terus kelam kabut melarikan diri akibat terdengar jeritan maut itu.

Image via @arszliey (TikTok)

Image via @arszliey (TikTok)

"Sejak haritu, tak ada seekor monyet berani datang lagi. Monyet terkedu dan tersendu" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah tular sehingga mencecah 777.7K views, 130.8K likes dan 4.1K shares di TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur selepas melihat kejadian itu. Malah, ramai berpendapat monyet tersebut pasti trauma dan tidak mahu datang ke kolej itu lagi.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @arszliey (TikTok)

Image via @arszliey (TikTok)

Image via @arszliey (TikTok)

Image via @arszliey (TikTok)

Image via @arszliey (TikTok)

Image via @arszliey (TikTok)

Image via @arszliey (TikTok)

Image via @arszliey (TikTok)

Image via @arszliey (TikTok)

Image via @arszliey (TikTok)

Aduhai, lawaklah video dia. Tak expect pula monyet tu terkejut sampai lari terus :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment