Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Eh, Ada Lagi Senario? Aziz M. Osman Baru Bagi ‘Hint’ Akan Keluarkan Filem Senario Terbaru!

Kalau sebelum ini ada Senario The Movie, Senario Lagi, dan Lagi-Lagi Senario, kini kumpulan pelawak itu bakal muncul dalam filem Ada Lagi Senario!

Cover image via Facebook Senario

Ingat lagi tak Senario?

Suatu ketika dahulu, kumpulan pelawak terkenal Senario pernah mencetuskan fenomena dalam industri hiburan tanah air.

Image via Facebook Senario

Kumpulan Senario cukup terkenal pada era 90-an yang pada asalnya dianggotai oleh Wahid, Lan Pet-Pet, Illya, Hamdan dan Azlee mula dikenali ramai selepas menyertai pertandingan pencarian bakat, Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995.

Image via Google

Image via Facebook Senario

Saban tahun kumpulan ini kemudiannya dianggotai Saiful Apek dan Yassin yang mana mereka cukup terkenal menerusi sketsa komedi, nyanyian, hinggalah ke pentas perfileman.

Beberapa filem pernah diterbitkan menampilkan kumpulan ini sebagai watak utama. Antaranya termasuklah Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi Lagi Senario, Senario XX dan banyak lagi.

Image via Hangat

Walaupun sudah lama kumpulan ini tidak beraksi baik di kaca TV mahupun di layar perak, namun kebanyakan filem lakonan mereka masih lagi ditayangkan dan ditonton ramai.

Berita baik buat peminat Senario!

Nampaknya kumpulan pelawak itu bakal membuat comeback menerusi karya terbaru arahan Aziz M. Osman

Semalam, menerusi laman Twitter dan Instagram miliknya, sutradara terkenal tanah air itu telah mengumumkan kemungkinan akan ada filem cereka terbaru dari kumpulan Senario berjudul Ada Lagi Senario.

Image via Instagram @azizmosman

Image via Instagram @azizmosman

Difahamkan bahawa filem ini merupakan kesinambungan daripada Senario Lagi dan Lagi-Lagi Senario yang ditayangkan pada tahun 2000 yang lalu.

Biar pun masih belum ada pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut namun nampaknya ramai yang tidak sabar untuk menontonnya.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen untuk meluahkan keterujaan serta kegembiraan mereka!

Wah, bila filem Ada Lagi Senario masuk wayang nanti, penulis orang pertama beratur!

Image via Make A Gif

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment