Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini Antara 7 Restoran Indonesia 'Malaysian Favourite' Di Sekitar Lembah Klang. Must Try!

Ada nasi ayam penyet, bakso, sate dan banyak lagi.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pernah tak kalau keluar dengan kawan-kawan mesti hilang idea bila ditanya nak makan mana

Kalau tak keluar bukan main selera nak makan itu ini, tapi bila orang tanya nak makan mana, boleh pula tiba-tiba tak ada idea. 

Haa, jangan risau jom lihat list restoran Indonesia yang ada di sekitar Lembah Klang ini. Bolehlah betukar selera sikit. Kalau tak hari-hari makan masakan Melayu Thai, Cina, Korea atau Jepun je, mesti dah bosan kan?

Image via GIPHY

Ini restoran Indonesia yang popular di sekitar Lembah Klang:

1. Waroeng Spesial Sambal 'SS'

Image via @farouq.johari (Instagram)

Image via World Orgs

Restoran Waroeng Spesial Sambal ini terletak di TTDI. Apa yang menarik adalah restoran ini menawarkan lebih daripada 24 jenis sambal yang berbeza tahap kepedasan. Ada level 1 sampai 5, kaki pedas confirm kena ambil tahap 3 ke atas!

Bukan setakat itu, lauk-pauk di sini memang rasa autentik. Antaranya adalah tempeh bakar, itik penyet, ayam bakar, sotong tepung dan banyak lagi lauk seperti sayur.

Lokasi:
41, 43, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi:
Selasa hingga Ahad (12pm hingga 10pm)
Jumaat (2.30pm hingga 10pm)
Tutup setiap hari Isnin

2. Waroeng Batavia

Image via @angelovesfoood (Instagram)

Image via Pembekal Beras Az-Zahra (Facebook)

Apa yang spesial di sini adalah makanan Indonesia mereka yang sangat variety. Ada makanan khas daripada Palembang dan macam-macam lagi. Kalau sukakan snek Palembang, anda boleh pesan pempek.

Jika anda nak makan untuk kenyang, anda boleh pesan nasi ayam penyet, mi ayam, bakso dan banyak lagi. Paling best, dekat sini ada jual apam balik pelbagai jenis perisa. Confirm anak-anak suka!

Lokasi:
1, Jalan PJU 5/20a, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi:
Setiap hari (12.30pm hingga 9.30pm)
Tutup setiap hari Selasa.

3. Padangs On Wheels

Image via @padangsonwheels (Instagram)

Image via @foodmsia (Instagram)

Restoran ini memang menawarkan pelbagai lauk-pauk Padang yang sedap. Kalau anda tak tahu nak makan apa, datang sini. Confirm terus berselera! Suasana restoran yang cantik dan nyaman juga menarik perhatian orang ramai untuk datang ke sini.

Lokasi:
Restoran Sek 13 Shah Alam: 60, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.

63-1, Jalan Nova K U5/K, Subang Bestari,
40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi:
Selasa hingga Ahad (7.30 pagi hingga 7 malam)
Tutup setiap hari Isnin.

4. Restoran Wong Solo

Image via @eaterykl (Instagram)

Image via @wongsolo.my (Instagram)

Siapa saja yang tak pernah dengar Wong Solo bukan? Restoran ini mempunyai beberapa cawangan di KL & Selangor. Antaranya ialah di Kampung Baru, Shah Alam, Bangi dan Cyberjaya. Pelbagai jenis makanan ditawarkan, yang paling popular ialah nasi ayam penyet. Sambal memang power!

Lokasi:

  • Wong Solo Shah Alam
  • Wong Solo Bangi
  • Wong Solo Cheras
  • Wong Solo Melaka
  • Wong Solo Bandar Seri Putra
  • Wong Solo Kampung Baru
  • Wong Solo Cyberjaya
  • Wong Solo Senawang
  • Wong Solo Nilai
Waktu operasi:
Setiap hari (11am hingga 8pm)

5. Bumbu Bali

Image via postimg.cc

Image via Bangsar Babe

Siapa yang rindu nak pergi Bali tu, jangan risau dah. Sebab restoran ini menyediakan masakan khas Bali untuk anda. Portion yang besar dan harga yang memang berbaloi! Suasana dan interior restoran ini juga serupa dengan konsep Bali.

Lokasi:
18 & 18-1, Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri,
47100 Puchong, Selangor.

Waktu operasi: 
Setiap hari (11am hingga 11pm)

6. Indobowl Official

Image via @byridzuanrahim (Instagram)

Image via SAYS

Bagi penggemar Indomie, anda patut ajak kawan-kawan yang kaki mie datang sini. Banyak menu yang disediakan. Tak sama macam Indomie yang kita masak dekat rumah, memang kena try! Tunggu apa lagi? Jom!

Lokasi:
9165, Jalan Negara, Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur, Selangor


Waktu operasi:
Setiap hari (12pm hingga 10pm)
Tutup setiap hari Selasa

7. Rumah Makan Cibiuk

Image via @cibiukwangsamaju (Instagram)

Image via Super Meng Malaya

Restoran ini menyediakan makanan khas daripada Sunda. Menu yang wajib anda cuba ialah nasi liwet. Nais liwet ini merupakan nasi yang dimasak bersama santan. Sambal mereka juga memang mantap. Mereka mempunyai slogan "Rajanya sambal".

Lokasi:
Jalan Ikhtisas, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi:
Setiap hari (11am hingga 11pm)
Jumaat (3pm hingga 11pm)

Okay, lepas ni memang tak ada alasan nak cakap tak tahu nak makan mana! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment