Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

5 Cara Tradisional Hilangkan Batuk Berlarutan, Guna Bahan Yang Ada Dekat Rumah Je

Boleh cuba cara ini jika anda mengalami batuk terus-menerus.

Cover image via Halodoc eCentral

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kebelakangan ini, ramai di antara kita yang mudah alami batuk dan kegatalan pada tekak

Walaupun sudah pergi ke klinik dan makan macam-macam ubat, susah betul batuk nak hilang bukan?

Tidak dinafikan, cuaca yang tak menentu juga menjadi salah satu punca kita sering sakit dan mudah berjangkit dengan keluarga.

Ini adalah lima cara untuk hilangkan batuk dengan mudah menggunakan bahan yang sudah tersedia di dalam rumah sahaja, menurut portal Doc Health Centre.

1. Madu

Gambar sekadar hiasan.

Image via theAsianparent Malaysia

Seperti ramai sedia maklum, madu sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat dan merupakan bahan yang sangat popular untuk melegakan pelbagai gejala atau masalah kesihatan.

Ia bukan sahaja bahan yang sering digunakan dalam rawatan tradisi, malah terdapat banyak produk ubat-ubatan yang juga berasaskan madu.

Sebuah kajian juga mendapati bahawa madu asli mempunyai potensi yang lebih baik untuk menghilangkan batuk berbanding ubat batuk dextromethorphan.

2. Air suam

Gambar sekadar hiasan.

Image via theAsianparent Malaysia

Sejak dulu lagi, ramai yang mengamalkan minum air suam untuk melegakan batuk. Malah, jika anda mencampurkan air suam dengan lemon, halia atau madu, ia mampu memberikan kesegaran pantas dan mungkin dapat meredakan masalah batuk serta rasa tidak selesa pada tekak.

Pengambilan air secukupnya juga dapat membantu paru-paru mengeluarkan lendir dan mengurangkan lendir pada saluran pernafasan.

3. Halia

Gambar sekadar hiasan.

Image via theAsianparent Malaysia

Halia sering digunakan dalam rawatan terutamanya perubatan tradisional. Ia mampu melegakan batuk kering atau batuk daripada penyakit asma kerana mempunyai kandungan yang boleh meredakan keradangan.

Menurut sumber, bahan kandungan dalam halia mampu merehatkan sel membran pada saluran pernafasan di mana ia mampu mengurangkan masalah batuk. Namun begitu, halia juga boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada perut dan perlu digunakan secara berhati-hati.

4. Kumur guna air garam

Gambar sekadar hiasan.

Image via eCentral

Antara petua lain yang boleh digunakan untuk meredakan batuk adalah dengan berkumur menggunakan air garam.

Ia bukan sahaja mampu melegakan batuk kahak tetapi ia juga mampu membantu membersihkan kawasan mulut dan oral, lebih-lebih lagi kepada pesakit yang terlantar di wad.

5. Bernafas guna wap air panas

Gambar sekadar hiasan.

Image via Halodoc

Penggunaan wap air panas juga merupakan satu cara hilangkan batuk yang kini ramai orang amalkan.

Anda hanya perlu sediakan air panas di dalam mangkuk, kemudian bernafas dengan udara wap yang dihasilkan daripada air panas tersebut.

Selain itu, anda juga disarankan untuk mandi menggunakan air panas dan bernafas dalam bilik air dengan wap tersebut.

Semoga petua-petua di atas dapat selesaikan masalah batuk anda. Get well soon! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment