Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini 4 Info Penting Tentang Ekspedisi Kapal Selam Titan Ke Bangkai Titanic Yang Meletup

5 penumpang dalam kapal selam itu maut.

Baru-baru ini, kapal selam Titan yang dikendalikan oleh syarikat OceanGate diumumkan hilang selepas dua jam dilepaskan daripada kapal induk

Semua lima penumpang dalam kapal selam yang hilang berhampiran bangkai kapal Titanic itu diumumkan terbunuh kerana kapal itu mengalami 'letupan bencana laut dalam' pagi tadi.

Menurut sumber, pengumuman suram itu telah menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak kapal selam itu hilang di Atlantik Utara empat hari lalu.

Analisis menunjukkan serpihan yang ditemukan di dasar laut, iaitu kira-kira 1,600 kaki (500 meter) daripada kapal Titanic adalah letupan ruang tekanan kapal selam itu.

Berikut di bawah merupakan antara info penting yang perlu anda tahu:

1. Salah seorang mangsa merupakan jutawan Britain, Hamish Harding

Penumpang kapal selam Titan yang terbunuh, Hamish Harding (atas, kiri), Stockton Rush (atas, kanan), Shahzada Dawood dan anaknya, Suleman (bawah, kanan) serta Paul-Henri Nargeolet (bawah, kiri)

Image via Berita Harian

Harding merupakan seorang bilionair dan penjelajah yang penuh minat. Beliau telah dianugerahkan tiga Rekod Dunia Guinness. Beliau dan anaknya terkenal sebagai seorang yang adventurous. Beliau pernah mengikuti ekspedisi ke angkasa dan lautan yang terdalam. Dapat mengikuti ekspedisi kapal selam Titan ke bangkai Titanic merupakan salah satu impiannya.

Selain itu, mangsa yang berada dalam kapal selam itu termasuklah pakar kapal selam Perancis, Paul-Henri Nargeolet; taikun Pakistan-British Shahzada Dawood dan anaknya Suleman yang merupakan salah satu keluarga terkaya di Pakistan serta Stockton Rush, Ketua Pegawai Eksekutif pengendali kapal selam, OceanGate Expeditions.

2. OceanGate mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.2 juta) setiap seorang

Sesiapa yang menyertai ekspedisi kapal selam ke bangkai Titanic oleh syarikat OceanGate dikenakan bayaran yang sangat mahal untuk merasai pengalaman meneroka kawasan ‘persemadian’ Titanic.

Kapal selam yang kecil itu hanya boleh memuatkan seramai lima orang termasuk pengemudi dengan bekalan oksigen selama empat hari.

Difahamkan, bangkai Titanic terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John's, Newfoundland.

Terdahulu, ada juga penumpang yang berjaya melawat ke bangkai Titanic dan selamat pulang ke darat. Salah seorang merupakan Chelsea iaitu YouTuber.

Lihat video tentang pengalamannya di bawah: 

3. Kapal selam dikawal menggunakan console game controller

Menurut sumber, kapal selam Titan dikawal menggunakan console game controller untuk bergerak ke depan, belakang, kiri dan kanan semasa dalam lautan. 

Image via BBC News

Ada juga pihak yang mendakwa ia tidak terlalu efisien dan keselamatan ekspedisi menggunakan kapal selam itu tidak terjamin. Rakan kepada jutawan Hardish Haming sendiri tarik diri daripada menyertai ekspedisi ini disebabkan keselamatan. 

Pada tahun 2018, syarikat OceanGate juga pernah dihadapkan ke mahkamah disebabkan keselamatan.

4. Bagaimana kapal selam boleh meletup?

Kapal selam itu dikatakan mengalami catastrophic implosion yang bermaksud meletup dan terburai menjadi bahagian kecil. Ramai yang mempersoalkan bagaimana sebuah kapal itu boleh meletup. 

Lihat video tentang itu di bawah:

Kalau korang ada rezeki lebih, korang join tak ekspedisi ini?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment