Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

3 Hari Bela Cicak Terbang Yang Dijumpainya, Tindakan Lelaki Ini Dapat Perhatian Netizen

Ikut kau lah bang.

Cover image via @zalianaksyurga (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memiliki haiwan peliharaan bukan sahaja boleh menceriakan hidup malah mampu menemani diri ketika sunyi

Haiwan peliharaan yang sering kita lihat menjadi pilihan ramai adalah haiwan yang mempunyai rupa yang comel seperti kucing, anjing dan arnab. Namun begitu, terdapat juga individu yang memilih untuk membela haiwan reptilia seperti cicak terbang.

Itulah yang ditunjukkan di dalam sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang pelajar di sebuah institut pengajian tinggi bertindak membela seekor cicak terbang.

Lihat video tersebut di bawah:

Siap beri nama walaupun hanya bela 3 hari sahaja

Menerusi video tersebut, pelajar lelaki itu dilihat membawa cicak terbang yang dijumpainya pulang untuk menemaninya.

Selepas dibawa pulang, haiwan itu dibawa bersama tidur sebilik dengan pelajar berkenaan tetapi katil asing. Haiwan tersebut juga sempat diberi nama 'Gazel'.

Apa yang lebih menghiburkan adalah bagaimana video yang dihasilkan oleh pelajar tersebut seolah-olah penuh dengan emosi walaupun haiwan tersebut cumalah seekor cicak terbang.

Image via @zalianaksyurga (TikTok)

"Wey sedihlah last tu tapi kalau dari jauh mesti orang ingat dia gila dok kiss pokok hahaha" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 502.1K views, 37.3K likes dan 232 shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan reaksi terhibur terhadap tindakan lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @zalianaksyurga (TikTok)

Image via @zalianaksyurga (TikTok)

Image via @zalianaksyurga (TikTok)

Elok pula cicak tu tak lari ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment