23 Rakaat Dalam 7 Minit. Solat Tarawih Di Indonesia Ini Laju Gila Mengalahkan Ferrari!
Masuk gear lima dan terus pecut!
Mula-mula bila baca tajuk, rasa macam tak percaya. Biar betul?
Sebab kalau diikutkan, solat tarawih yang 8 rakaat perlu ambil masa lebih kurang 30 minit untuk selesai
Image via tumblr.com
Jadi, kalau mengikut logik, solat tarawih 23 rakaat dilakukan dalam masa 7 minit memang tak masuk akal!
Image via tumblr.com
Tapi, itu mungkin kes di Malaysia sahaja. Kalau di Indonesia, ia bukanlah suatu yang mustahil.
Tak percaya? Satu klip berita Metro TV dari Indonesia menjadi viral di laman sosial Malaysia beberapa hari lalu selepas memaparkan sedutan solat tarawih ekspres yang dilakukan dalam masa 7 minit sahaja.
Image via facebook.com
Dimuat naik oleh laman Facebook Komuniti Penduduk Seremban-Kps tiga hari lepas, video ini telah mendapat hampir 50,000 shares semasa artikel ini ditulis
Image via facebook.com
Amacam, laju ke tak laju?
Image via facebook.com
Menariknya, ibadah solat tarawih ekspres ini telah dilakukan sejak turun-temurun selama beberapa generasi, difahamkan sejak 160 tahun yang lalu
Image via facebook.com
Dan menurut mereka, walaupun dilakukan dengan cepat, ia tidak mengurangi rukun solat dan tidak terkeluar daripada syariat Islam
Image via facebook.com
Apa kata orang ramai?
Kami sendiri terkejut selepas melihat video ini dan tak tahu nak komen apa. Biar Tuhan saja yang tentukan.
Namun begitu, amalan solat cepat ini bukanlah perkara baru. Ia turut ditemui dilakukan di sesetengah negara Islam yang lain.
Apa komen anda?
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Dalam pada itu...
Leave a comment